Peranan Biro-Biro

Share Button

1. Biro komunikasi/ Media (Communication / Media)

  • Pusat rujukan dan penyedia bahan-bahan media
  • Penyebar maklumat yang tepat dan menyeluruh yang mewakili YARM kepada masyarakat, dan
  • Penghubung di antara YARM dengan pihak luar.

2. Biro Transformasi dan Innovasi (Transformation & Innovation)

  • Menyediakan latihan dan pendidikan berterusan kepada ahli-ahli melalui kursus, bengkel, seminar.
  • Membangunkan modul-modul latihan bagi melahirkan masyarakat yang memahami tanggungjawab menangani gejala rasuah.
  • Menilai keberkesanan modul, aktiviti dan program latihan dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan.

3. Biro Perhubungan Komuniti (Community Relations)

  • Membantu membuat hebahan aktivti dan program YARM kepada komuniti sasaran.
  • Berperanan sebagai pegawai perhubungan / pegawai penerangan tentang aktivti dan juga keahlian YARM.
  • Berperanan sebagai pengantara mengenai masalah/isu yang berkaitan dengan rasuah untuk menerima maklumbalas.

4. Biro Penyelidikan dan Penerbitan (Research and Pulication)

  • Menjalankan penyelidikan bagi membolehkan YARM mengeluarkan garis panduan amalan terbaik (best practices) dan menyediakan indeks yang baru berkaitan rasuah.
  • Menjadi pusat yang mengumpul dan menyebar idea-idea baru mengenai pengurusan dan pencegahan rasuah melalui penerbitan.
  • Mengenalpasti dan membuat pemantauan kepada proses atau isu-isu yang dikenalpasti berlakunya amalan rasuah.

5. Biro Promosi dan Penajaan (Promotion / Sponsorship)

  • Menghebahkan serta mempromosikan butiran dengan aktiviti-aktiviti melalui media-media yang bersesuaian secara proaktif dan efektif.
  • Membuat permohonan untuk mendapatkan penajaan bagi tujuan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

6. Biro Antarabangsa (International)

  • Menjalinkan hubungan dan membuat usaha kerjasama di antara YARM dengan NGO di luar negara yang aktif dengan program pencegahan rasuah.
  • Mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh NGO di luar negara dan turut serta di dalam maklumbalas yang tepat jika diperlukan.