Datuk Shafee Yahaya diumumkan sebagai penerima Anugerah Integriti Nasional

Share Button

Mantan Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Shafee Yahaya hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Integriti Nasional bersempena persidangan antarabangsa pertama anjuran Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden YARM, Tunku Abdul Aziz Ibrahim pada satu majlis makan malam khas di ibu negara.

Datuk Shafee Yahaya sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah Malaysia pada 1994 hingga 1998 juga merupakan penerima sulung anugerah itu.

Beliau dipilih atas kepimpinannya yang memperlihatkan pendirian berani dalam mempertahankan budaya berintegriti.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *