Yayasan Anti Rasuah Malaysia Anjur Persidangan Antarabangsa

Share Button

Pada 10hb. Disember 2015, pihak Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) telah menganjurkan sebuah Persidangan Antarabangsa yang bertemakan “Meletakkan Etika Kerja Dalam Perniagaan dan Kerajaan”. Persidangan tersebut telah diadakan di Hotel Pullman, Bangsar.

Persidangan tersebut adalah yang pertama dianjurkan oleh pihak YARM yang membariskan penceramah jemputan yang terdiri daripada pelbagai institusi. Antaranya adalah Profesor Prem Sikka (Profesor Perakaunan Universiti Essex), Dato’ Syed Ahmad Idid Syed Abdullah, Tun Hanif Omar serta beberapa penceramah lain.

Persidangan telah dirasmikan oleh paduka seri sultan perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku penaung dengan menyampaikan Titah DiRaja. Antara topik yang disampaikan oleh para penceramah adalah  ‘Polis, Rakyat dan Kedaulatan Undang-undang’oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Param Cumaraswamy (Peranan Badan Kehakiman dalam Demokrasi) dan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah (Sistem-sistem Jenayah: Akan adakah Keadilan Tanpa Etika dan Hati Nurani?).

Pada malamnya diadakan majlis penyampaian Anugerah Integriti Nasional yang menampilkan mantan Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah Malaysia, Dato’ Shafee Yahaya sebagai penerima anugerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *