Mesyuarat Agong Tahunan YARM Kali ke 3/2016

Share Button

No. Ref: YARM /1(2016) 4                                                  22hb Januari 2016

YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan

Mesyuarat Agong Tahunan YARM Kali ke 3/2016

Sukacita dimaklumkan  Jawatankuasa Yayasan Anti Rasuah Malaysia(YARM) telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan YARM Kali ke 3/2016 di Kolej Komuniti Hulu Langat, Taman Prima Saujana, Kajang pada 19 Mac 2016 @ 10.00 pagi.

Mesyuarat Agung ini bertujuan untuk Yayasan mematuhi kehendak Perlembagaan Yayasan Anti Rasuah Malaysia mengikut fasal  7.3 yang menyebut Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.

Mesyuarat Agung Kali Ke 3/2016 akan mengadakan pemilihan Jawatankuasa baru untuk Sessi 2016/2018.  Bersama ini dilampirkan Borang Keahlian dan Borang Cadangan Pencalonan Jawatan, Borang Usul dan Pengesahan Kehadiran untuk dikembalikan kepada Urusetia selewat-lewatnya 7hb Mac 2016.

Kehadiran  YBhg Tan Sri/Datuk Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk acara- acara di atas adalah amat-amat dihargai.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada saya di HP No. 0193149099/0133339099 atau talian pejabat 0387415457.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *