PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Share Button

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 26HB MEI 2016
“INTEGRITI DAN PERKHIDMATAN”

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN

1-2009 AKTA SPRM
SPRM memulakan siasatan apabila berlakunya sesuatu perbuatan rasuah, ada lapuran mengenai rasuah, “reason to believe” berlakunya rasuah

Pegawai SPRM dibekalkan dokumen yang SAH mengesahkan bahwa dia adalah pegawai SPRM

Ada 4 kesalahan utama:
1. Menerima Suapan untuk melakukan atau tidak mengambil tindakan yang sepatutnya dibawah Akta SPRM
2. Memberi suapan untuk melakukan atau tidak mengambil tindakan yang sepatutnya dibawah Akta SPRM
3. Tuntutan Palsu. Mengemukakan apa-apa dokumen yang palsu atau tidak lengkap untuk megelirukan principalnya sepert tuntutan perjalanan, hotel dan sebagainya
4. Salah Gunakan Kuasa – Menggunakan kedudukan jawatan untuk kepentingan sendiri, saudara, sepupu atau kawan.

Laporan boleh dibuat dalam apa jenis bentuk seperti email, surat, panggilan telephone dan sebagainya dan lapuran itu sampai kepada Pegawai SPRM.

Sebagai Pegawai Penguatkuasa jangan sekali-kali bagi peluang orang beri rasuah. Jangan ambil. Tangkap orang yang cuba bagi rasuah. Serahkan pada SPRM

Kes rasuah tidak ada tarikh luput masa dan boleh dibangkit bila-bila masa
Jangan menerima hadiah yang ada kaitan dengan kerja yang dilakukan

Peringkat INTEGRITI tahap yang tertinggi ialah menyedari dan yakin bahawa segala perbuatan kita dilihat oleh ALLAH SWT

INTEGRITI
SYUKUR
IKHLAS
TERBAIK
AMAL
YAKIN
ILMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *