MESYUARAT YN SELANGOR & YN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DI JABATAN PENDIDIKAN DAERAH NEGERI SELANGOR

Share Button

Tn Sajoli Mansur YN Pengerusi Selangor , mengalu-alukan kedatangan semua Ahli Jawatan Kuasa YARM yang diketuai oleh DSZ, Presiden dan barisan Ahli Jawatan Kuasa YARM.
Tn Sajoli merakamkan kesyukuran kerana acara pagi ini dapat dijalankan dan diharap Mesyuarat YN Selangor dan YN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berjalan dengam baik dan harmoni.
Intipati Mesyuarat :
Tn Ong Pengerusi YN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan terima kasih kepad YN Selangor kerana menjadi tuan rumah mesyuarat pertama kedua-dua YN Negeri. Tn Ong berharap kerjasama yang erat dapat dijalankan diantara YARM dan YN Negeri dalam usaha membenteras Rasuah.
Dato’ Sri Haji Zakaria, Presiden YARM mengucapkan tahniah kepada semua AJK YN Selangor dan YN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dilantik dan juga penghargaan Tn Presiden kepada semua yang sanggup bersama-sama menjalankan tanggung jawab membenteras Rasuah secara Sukarela.
Tn Presiden menekankan betapa bahayanya Rasuah iaitu BAPAK SEGALA JENAYAH. Rasuah adalah perbuatan yang JIJIK dan dilaknati oleh semua agama. Rasuah boleh menghancurkan Negara Malaysia tercinta. Masalah Rasuah adalah masalah semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama. RASUAH MUSUH NEGARA.
Rasuah adalah tersangat keji kerana yang mendapat “aib” dari perbuatan Rasuah bukan hanya yang mengambil atau menerima Rasuah tetapi juga seluruh ahli keluarga mereka. Apa dosa isteri, anak-anak dan ibubapa mereka untuk mendapat malu dan penghinaan ini.
Presiden juga ingin mengingatkan semua AJK supaya jangan mengharapkan pujian, pujian atau hadiah dalam menjalankan tanggungjawab yang murni ini. Yang akan membalas usaha kita hanya lah Tuhan Yang Maha Esa. Mencegah perkara Mungkar dan Mengajak Ke arah Kebaikan adalah pekerjaan yang mulia.
Kejayaan Negara kita harus dipertahankan dari kemusnahan Rasuah. Tn Presiden juga meminta semua AJK menjalankan tanggungjawab dengan penuh kesungguhan dan kebanggaan kerana membenteras Rasuah adalah satu pekerjaan yang mempertahankan kedaukatan Negara. Memberi Kesedaran pada masyarakat akan bahaya nya Rasuah akan memberi keyakinan pada mereka untuk bangkit membantu SPRM membenteras Rasuah.
Turut Diserikan dengan Majlis Pelancaran Soft Launch BULETIN YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA dan PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN:
1. Tn Ong Boon Hai – Pengerusi YN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *