KONGRES RAKYAT WILAYAH PERSEKUTUAN 25HB SEPT 2016

Share Button

Pembentangan 8 Kluster Utama Di Wilayah Persekutuan :
1. Pengangkutan Awam
2. Perumahan
3. Ruang Niaga Bumiputra
4. Kadar Jenayah & Keselamatan
5. Gejala Sosial & Gelandangan
6. Pemandu Teksi
7. Perpaduan Nasional
8. Wanita & Keluarga
“Urbanisasi intensif yang menjadi model kepada pembangunan kotaraya kerap meminggirkan mereka yang berekonomi kecil – Hj Mohd Azmi Abdul Hamid ,
Pengerusi Kongres Rakyat Malaysia.”
Penceramah 1 –
Pn Mastura Nik Mohammad – DBKL, Pengarah Unit Perancangan Bandar.
Segala Perancangan Bandar yang dibuat dimaklumkan terlebih dahulu kepada penduduk Kuala Lumpur dan maklumbalas dari masyarakat atau penduduk terbabit juga
diambil perhatian. Segala pandangan diambil kira dalam Plan Perancangan dan Penyelarasan Project. Segala pembangunan project harus melalui Jawatankuasa yang
telah ditetapkan. Asas kelulusan adalah merujuk kepada plan -plan yang disediakan. Penduduk KL mengikut Jabatan Perangkaan 2010 adalah 1.7 juta dan jangkaan
peningkatan kepada 2.2 juta menjelang 2020.
Penceramah 2 –
Mior Isfandy Mior Azizan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.
“Rumah Mampu Milik Menjadi Rumah Mampu Lihat”.
Harga Rumah Mampu Milik di KL ialah sekitar RM450,000. Kemampuan memiliki rumah mampu milik jatuh kepada golongan menengah yang berpendapatan lebih
kurang antara RM5,000 sebulan. Golongan berpendapatan rendah yang satu masa dulu adalah golongan yang layak memiliki rumah mampu milik sudah tidak lagi
mempunyai kerana harga sudah naik 4 kali ganda.
Penceramah 3 –
Mohd Shahrani NGO Pengangkutan Awam.
Kemudahan pengangkutan Awam dengan peningkatan penduduk tidak selari atau tidak kercapai.
Penceramah 4 –
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, N. Presiden PERKIM Kebangsaan.
Masalah kemiskinan sangat tertekan pada masa ini. Keperhatinan anak-anak muda islam dibandar untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berunsur islam sangat
berkurangan.
Isu-isu kemiskinan adalah isu yang teramat besar di KL. Kalau lebih banyak projek-projek rumah mewah dibina maka kadar pemilikan perumahan mengikut bangsa
adalah amat ketara perbezaannya. Maka tujuan Perpaduan Kaum tidak akan tercapai.
Penceramah 5 –
Kol (B) Mohd Nazri, Persatuan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT)
Kemasukan dan Pemilikan Perniagaan oleh kaum pendatang sangat ketara. Tumbuh seperti cendawan tanpa sekatan. Buruh-buruh asing menakluki tempat-tempat dan
pejabat-pejabat RAHSIA & KESELAMATAN melalui pekerjaan sebagai pekerja pemotong rumput, tukang bersih pejabat dan lain-lain pekerjaan.
Bagaimana KEMASUKAN PENDATANG ASING INI tidak dikawal.
Penceramah 6 –
Hj Abu Bakar Sedek
Masalah jenayah, keselamatan, gelandangan semakin menjadi-jadi sehingga pendatang tanpa izin juga turut menjadi penghuni gelandangan jalanan. Kumpulan
gengstar dan kumpulan-kumpulan anak-anak muda yang kini berani melakukan dan melibatkan dalam jenayah tanpa segan silu.
Penceramah 7 –
Haji Shamsudin Yaacob, Pengusaha Teksi.
Penumpang Uber tidak dilindungi insurance. Jangan jadi mangsa Uber. Hak pemandu teksi dinafikan kerana pemandu Uber menawarkan harga yang lebih rendah.
Tanggungjawab pemilik teksi menjadi lebih mencabar dengan pengenalan jangka hayat teksi, pemeriksaan wajib PUSPAKOM dan juga kenaikan harga bahan api.
Penceramah 8 –
Dr. Siti Aishah, Association of Muslima For Nuture and Advocacy
Setiap 10 minit berlaku Penceraian. Setiap 3 minit berlaku kelahiran anak luar nikah. Institusi keluarga sekarang menuju kehancuran kerana perasaan kasih sayang,
keagamaan dan kekeluargaan semakin hilang. Hayati kehidupan INSTITUSI KEHIDUPAN MENGIKUT SUNNATULLAH.
Dato’ Sri Haji Zakaria, PRESIDEN YARM Dijemput sebagai Mengulungi / Penutupan Program Kongres Rakyat 2016
Sebaik-baik Umah ialah yang mengajak kepada Kebaikan dan meghalang Kemungkaran.
Kita yang menentukan kearah mana Negara Kita. Kemerdekaan 59 Tahun yang dikecapi adalah usaha dari kita. Jijiknya Rasuah Tidak Dirasai tetapi Rasuah tetap
HARAM walau sekecil mana nya. Rasuan adalah lebih Mungkar dan Jijik dari Najis.
Mungkar Segala Mungkar Bapak Kepada Segala Jenayah Ialah RASUAH.
Berhentilah bagi Rasuah walau bagaimana penting sekalipun permohonan lesen, tempat berniaga, rumah dan segala keperluan. Janganlah terlibat dengan Rasuah.
Yakin lah hanya ALLAH SWT sahaja yang milik segala-galanya. Kepada ALLAH SWT tempat kita meminta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *