Taklimat kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Selangor

Share Button

PERANAN PEMIMPIN MASYARAKAT DALAM MEMERANGI RASUAH BERSAMA SPRM SELANGOR – KUALA SELANGOR
Moderater – PkPs Muhammad Zamani Othman
Ahli- Ahli Panel :
1. Dato’ Norazlan Mohd Razali, Pengarah SPRM Selangor
2. Dato’ Seri Haji Zakariah Jaafar, Presiden YARM
3. Tuan Haji Abu Ismail, Timbalan YDP Persatuan Kontrakter Melayu Malaysia Negeri Selangor
Dato Noraxlab Mohd Razali, Pengarag SPRM Selangor
Pihak pembekal/Kontrakter tidak memberi mutu kerja yang dipersetujui.
Pecah amanah kerana tidak menepati perjanjian kontrak atau membuat lapuran palsu adalah salah disisi undang-undang
Di sebabkan mutu kerja yang tidak baik, persepsi masyarakat ialah pegawai kerajaan bertanggungjawab tidak telus dan amanah dalam menjalankan kerja dan ada berlakunya penyelewangan atau pecah amanah.
2. Dato’ Seri Haji Zakariah Jaafar, Presiden YARM
Tanyalah diri kita sendiri kenapa perkara yang sama berlaku berulang-ulang walaupun prosedur yang sempurna sudah sedia ada.
Lihat lah dengan MATA HATI kenapa Rasuah masih berlaku dan tidak ditakuti.
Ingatlah bahawa Keberkatan, Kebersihan, Jujur dan Amanah akan dipertanggungjawab kan esok hari apabila kita mengadap ALLAH SWT.
ALLAH SWT tunjukkan kepada kita dengan musibah yang berlaku pada diri kita sebelum tiba hari mati.
Sanggup ke kita memberi hasil haram untuk anak isteri kita.
Masa depan Negara kita bergantung pada DIRI KITA sendiri. Kita nak melihat negeri, kampung dan kawasan kita berjaya dan membangun dengan baik.
Buatlah perkara Kebaikan dan sekiranya kita pernah melakukan kesilapan bertaubatlah dan bangkit membetulkan kesilapan kita yang lalu.
Tuan Haji Abu Ismail, Timbalan YDP Persatuan Kontrakter Melayu Malaysia Negeri Selangor
Rasuah sememangnya ada berlaku dan tidak menafikannya. Ia nya dilakukan oleh mereka-mereka yang tidak amanah dan bertanggungjawab.
Rasuah haruslah dicegah kerana ia merosakkan semua lapisan masyarakat.
Kita melihat Kontrakter yang sama sahaja yang dapat project. Bagaimana ini boleh belaku?
1. Ia berlaku apabila Kontrakter yang memperolehi projek memberi Syarikatnya diguna pakai oleh kontrakter lain.
2. Kontrakter yang mendapat projek memang berkemahiran dan berwibawa menjalankan projek tesebut. Panel AJK Tender akan meneliti semua tender dari syarikat-syarikat sebelum projek diberikan.
3. DSZ Presiden YARM menjemput semua menjadi Ahli YARM agar kita beramai-ramai bersatu menentang Pemberian Tender di Pengaruhi Rasuah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *