CERAMAH YARM DI MASJID KAMPONG LIKAS, SABAH

Share Button

CERAMAH YARM DI MASJID KAMPONG LIKAS, SABAH “MEMBINA INTIGRITI MUKMIN” disampaikan oleh Dato’ Sri Haji Zakaria Bin Haji Jaffar.

Dato’ Sri Zakaria mengucapkan Syukur kepada ALLAH SWT kerana telah mengizinkan kita dan jemaah semua yang dipilih oleh ALLAH SWT untuk bersama-sama ke majlis ilmu ini.

Taqwa itu ialah peringkat menyakini sungguh-sungguh ALLAH SWT Melihat dan Menghitung segala perbuatan kita. Kita YAKIN akan Kebesaran ALLAH SWT dan bekerja mengajak kearah Kebaikan baik dan meninggalkan yang Buruk.

Tiada KEIKHLASAN dalam perbuatan kita maka tiada lah kesyukuran kita pada ALLAH SWT. Kita belajar sepanjang masa pekerjaan dan perbuatan yang ingin kita lakukan dalam menentukan kejayaan. Hamba-hamba yang benar-benar Mensyukuri NIKMAT ALLAH SWT maka hamba-hamba itu sebenar-benarnya beriman pada ALLAH SWT. Mengajak manusia kearah kebaikan dan meninggalkan

kemungkaran merapatkan kita lagi pada ALLAH SWT kerana ALLAH SWT TERSANGAT SAYANG pada hamba-hamba NYA yang mengajak kearah KEBAIKAN. Apabila kamu nampak perkara-perkara Mungkar halanglah ia mengikut Kemampuan kamu.

ALLAH SWT mengeluarkan kita dari perut-perut IBU kita dalam tidak mengetahui dan mempunyai apa-apa. ALLAH SWT membekallan kita Mata, Telinga, Tangan Kaki dan Tubuh badan supaya kita Mensyukuri pada ALLAH SWT. Pendengaran diberikan supaya kita mendengar segala kebaikan tetapi kita lupa bersyukur maka kita menggunakan pendengaran untuk mendengar perkara-perkara Mungkar.

Gunakan lah semua kurniaan ALLAH SWT dengan sebaik-bainknya dalam mengajak ke arah Kebaikan dan meninggalkan Kemungkaran. Lihat lah diri kita sendiri dengan MATA HATI dan mensyukurinatas Rahmat NYA. Apablila kita mensyukuri NIKMAT ALLAH SWT kita akan beriman pada NYA. Apabila kita takut pada Hari Akhirat kita akan Sujud dan berdoa pada NYA. Kita akan menjauhi perkara-pekara yang Mungkar. Menjauhi perbuatan-perbuatan Kejahatan, Kebencian, Penghinaan dan Kesombongan diri sendiri.

Apabila kita takut pada janji-janji ALLAH SWT kehidupan selepas Mati kita akan menjadikan diri kita orang yang bertaqwa dan berintigriti. Kesedaran bahawa dilangit dan dibumi ini milik ALLAH SWT dan kepada ALLAH SWT lah kita dikembalikan.
SIAPA LAH KITA UNTUK SOMBONG DI BUMI ALLAH SWT INI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *