Penubuhan YARM Sabah

Share Button

TELAH BERLANGSUNGNYA MESYUARAT PENUBUHAN YAYASAN ANTI RASUAH CAWANGAN NEGERI SABAH 3 OKT 2016
Intipati Ucapan:
Ucapan Terima kasih SPRM SABAH kepada Presiden YARM Dato’ Sri Zakaria kerana sudi bersama-sama membantu memerangi Rasuah di Negeri Sabah ini.
Dengan penubuhan YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA (YARM), SPRM dapat meluaskan usaha MENDIDIK masyarakat Sabah membenteras Rasuah. YARM bukan hanya bergerak sebagI memerangi Rasuah tetapi juga Merapatkan dan Memperkukuhkan Perpaduan Masyarakat Sabah dari semua lapisan, dan masyarakat yang bebilang kaum dan keturunan. SPRM SABAH bersedia untuk memberi kerjasama kepada YARM YN SABAH.
PRESIDEN YARM, mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir walaupun pada hari ini adalah hari cuti umum. Presiden juga mengucapkan terima kasih kepada Tn Hasbilah Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM SABAH kerana mebmeri kebenaran menggunakan pejabat SPRM SABAH untuk mesyuarat YARM pada hari ini.
Presiden menrgaskan OBJEKTIF UTAMA YARM.
YN SABAH ialah memberi pendidikan kepada Rakyat Sabah bahawa Rasuah ini Lebih Hina, Lebih Jijik dan Lebih Haram dari Najis. Rasuah boleh menghancurkan Negeri dan Negara.
Kerjasama, Sokongan dan Kepercayaan dari masyarakat Sabah tersangat penting diberi pada SPRM SABAH dalam menjalankan tanggungjawab SPRM Mencegah Rasuah. Kerjasama dan Perhubungan Erat YARM SABAH dengan SPRM boleh mencapai Objketif yang murni ini. Usaha yang bersungguh-sungguh amat perlu untuk mendidik Rakyat Sabah BENCI DAN MEMANDANG HINA PADA RASUAH.
Pendidikan bermula pada DIRI KITA SENDIRI, KELUARGA DAN SAUDARA MARA. Kita tegur mereka dengan Kasih Sayang menghalang mereka melakukan Kerja Haram ini. Janganlah kita menghidang makanan Najis pada anak-anak, ibubapa dan isteri dengan hasil Rasuah. Sayangilah Keluarga dan Negara kita tidak kira apa bangsa, kaum, agama dan masyarakat.
Sekalung Budi Ucapan Penghargaan Terima Kasih dari Dato’ Sri Presiden YARM kepada SPRM SABAH dan Hadirin Yang Hadir pada Mesyuarat Penubuhan YARM YN SABAH.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *