Forum Pencegahan Rasuah di Gua Musang Kelantan

Share Button

Forum Pencegahan Rasuah di Gua Musang Kelantan

Telah berlangsungnya program
PRE-PRODUCTION MEETING UNTUK “PROGRAM PENCEGAHAN RASUAH”

Antara panel jemputan
Moderater – Ustaz Nazim Che Hussain, PPD Gua Musang
Panel 1 – Jamil Mohd Dahlan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Pendidikan SPRM
Panel 2 – Dato’ Sri Hj Zakaria Hj Jaffar, Presiden YARM
Panel 3 – Amran Ariffin, Setiausaha Sulit Kanan, YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dasuki

Juga turut hadir Datuk Moh Samsudin Pengarah SPRM Kelantan dan diberi penghormatan Mengetuai Majlis Forum PENCEGAH RASUAH tersebut

Antara perkongsian bersama Panel:
Panel 1 – Jamil Mohd Dahlan, Penolong PENMAS SPRM
Peratusan penangkapan Belia atas kesalahan Rasuah adalah paling tinggi. Golongan Belia yang menjadi harapan membina Negara, kini dalam Era Kemusnahan Negara kerana Jenayah Rasuah.

Menawar dan Menerima Suapan untuk melakukan atau tidak melakukan perkara atau yang telah dipertanggung jawabkan keatasnya.
Mengemukakan dokumen Tuntutan Palsu untuk membuat Tuntutan Palsu. Ini adalah kesalahan Rasuah.

Menggunakan Kedudukan/Jawatan untuk melakukan atau tidak melakukan untuk kepentingan peribadi.

Panel 2 – Dato’ Sri Hj Zakaria.Hj Jaffar, Presiden YARM
Belia yang usia semuda sudah terjebak dalam Rasuah, kepada siapa lagi dapat kita pertanggungjawabkan untuk Membina Negara. Negara akan musnah dengan sekelip mata sahaja. Bertaubat dan berjanji kepada diri kita Sendiri untuk Berubah dan Merubah Kepada Membenci Rasuah. Carilah Rezeki yang Halal untuk memberi makan kepada anak-anak dan keluarga. Jangan sekali-kali mengambil rezeki yang Haram. Perbuatan keji ini yang akan dibalas dengan Neraka Jahanam oleh ALLAH SWT. Jangan hidangkan Najis untuk keluarga kerana Rasuah itu lebih Jijik dari Najis. Ambil lah rasmi DUIT :
D – Doa pada ALLAH SWT
U – Usaha dengan menimba Ilmu
I – Ikhtiar bekerja mencari Rezeki Halal
T – Tawakal hanya pada yang satu iaitu ALLAH SWT. BENCI LAH RASUAH BAPAK SEGALA JENAYAH

Panel 3 – Amran Ariffin, Setiausaha Sulit Kanan, YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dasuki
Integriti Belia dewasa ini amat mendukacitakan. Kajian di Institusi Pengajian Tinggi pada 2002 menunjukkan bahawa Belia bersedia untuk menerima Rasuah pada bila-bila masa sahaja. Integriti adalah teramat penting bagi membina Jati Diri dan menjadikan Belia yang bertanggungjawab. Integriti adalah kunci perubahan yang perlu digerakkan kerana integriti lah yang akan membentuk watak dan keperibadian Belia memilih yang Baik atau Buruk. Belia yang tidak mempunyai Integriti adalah Belia yang akan menghancurkan Agama, Bangsa dan Negara.

Kesanggupan mengambil Rasuah adalah berpunca dari kehendak nafsu yang tidak dikawal. Berbelanja melebihi kemampuan. Malas bekerja tetapi mahukan kejayaan. Menjual diri untuk berjaya dengan jalan mudah.
Tanggungjawab KEPIMPINAN adalah pada semua dan bukan

hak individu. Nasihat dan Menasihati adalah tanggungjawab semua. Mencegah Kemungkaran bagi membina satu Negara yang Bersih dari Jenayah Rasuah. Integriti adalah tiang kejayaan yang harus kita perkukuh dan pertahankan dalam perjuangan memerangi Rasuah. ALLAH SWT tersangat sayang pada hamba-hamba NYA yang berjuang pada Amal Maaruf Nahi Mungkar.

Pemimpin yang berintegriti dan berpegang pada jalan ALLAH SWT adalah pemimpin-pemimpin yang harus kita beri sokongan.

SPRM sememangnya bertanggungjawab memberi Pendidikan tentang RASUAH. Namun begitu tenaga kerja SPRM tersangat kurang unuk menapung 30 juta rakyat Malaysia.
YARM atau YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA ditubuhkan untuk membantu SPRM mendidik masyarakat tentang Rasuah. Anggotailah YARM bersama-sama menjadi Pejuang Memerangi Rasuah. Bangunlah melibatkan diri memerangi Rasuah dan jangan hanya berkata-kata yang tidak membantu menegakkan kejayaan. Siapa lagi yang akan menjaga diri kita kalau tidak diri kita sendiri. Beri Kepercayaan dan Sokongan kepada SPRM.

Belia harus mengambil peranan bersama-sama memerangi Rasuah. Integriti ada pada diri sendiri dan jangan kita persia-siakan nya. Sayangi diri kita sendiri. Jangan biarkan Rasuah menghancurkan hidup dan diri kita ini.

MAJLIS BERSURAI 11:00MLM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *