MAJLIS PELANCARAN BULETIN YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA

Share Button

TELAH BERLANGSUNGNYA KUNJUNGAN HORMAT YARM DI MOF BERTEMU YB DATUK JOHARI ABDUL GHANI, MENTERI KEWANGAN ll
SERTA MAJLIS PELANCARAN BULETIN YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA.

Dato’ Sri Haji Zakaria Bin Haji Jaffar memulakan pertemuan dengan ucapan terima kasih kepada YB Menteri kerana meluangkan masa untuk pertemuan ini.

Antara Intipati Pertemuan:

Menyuarakan kebimbangan YARM terhadap gejala rasuah yang rata-ratanya adalah golongan Belia berumur 40 tahun kebawah yang paling tinggi menerima Rasuah.

YB Menteri menyatakan pandangan bahawa kebanyakan yang terlibat dalam Rasuah ialah kerana kurang memahami apa itu Rasuah serta konsep penerimaan rasuah itu berlaku.

Dato’ Sri Haji Zakaria Bin Haji Jaffar menyatakan bahawa tujuan YARM yang ditubuhkan ialah menyedarkan dan mendidik masyarakat apa itu Rasuah.

Rasuah tidak mempunyai tarikh luput masa dan kesalahan yang dilakukan tetap di adili.
DSZ, Presiden menyatakan Pendidikan Masyarakat apa itu Rasuah tersangat penting bagi masyarakat tahu apa itu 4 Kesalahan Rasuah.

Antara kesalahan yang sering berlaku dalam aktiviti rasuah
Kesalahan 1. MEMBERI
Kesalahan 2. MENERIMA
kesalahan 3. SALAH GUNAKAN KUASA DAN PANGKAT
kesalahan 4. KESALAHAN MEGEMUKAKAN DOKUMEN PALSU

YARM disini memainkan peranan memberi Pendidikan dan Kesedaran ini. Penubuhan YARM diseluruh Negeri adalah bukti dan kesungguhan YARM membasmi Rasuah melalui Pendidikan. YARM bekerjasama dengan SPRM dalam Memerangi Rasuah Melalui Pendidikan.

YB Menteri juga menyatakan keperluan Pendidikan kepada Penjawat Awam dan semua bagi mereka memahami Rasuah. YB Menteri juga merasakan bahawa ada diantara penjawat awam yang tidak mengetahui bahawa kesalahan Rasuah telah berlaku dan mereka menjadi mangsa secara tidak disedari.

KEFAHAMAN tentang Rasuah, Siasatan Rasuah, Menerima Rasuah dan Tuduhan Rasuah tersangat penting agar Masyarakat memahami “Apa Sebenarnya Rasuah?”.
Peranan Masyarakat dalam menangani Rasuah adalah tersangat penting.

Penutupan perjumpaan:

Pihak Yang Berhormat Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, telah melancarkan buletin YARM diiringi Presiden YARM serta Diserikan oleh Pengerusi Negeri YARM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *