Wacana: Rasuah Sejauh Manakah Keprihatinan Kita?

Share Button

Telah berlangsungnya Wacana Bersama Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) dengan kerjasama Masjid Al-Quddus, Taman Pinggiran Putra dengan membawa Topik perkongsian “RASUAH, SEJAUH MANAKAH KEPRIHATINAN KITA”

Intipati

DSZ, PRESIDEN mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian AJK dan Jemaah Masjid Al Quddus menjemput beliau selaku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia untuk berceramah berkenaan RASUAH.

Sesiapa yang memakmurkan Masjid untuk solat berjemaah adalah orang-orang yang beriman pada ALLAH SWT. Kehadiran jemaah memakmurkan Masjid telah memakmurkan masyarakat disekeliling Masjid Al Quddus yang mulia ini. Tersangat bertuah orang-orang yang datang ke Masjid untuk Solat berjemaah kerana ALLAH SWT tersangat sayang pada hamba-hamba NYA yang memakmurkan Masjid.

Wahai orang yang beriman makanlah dari makanan yang baik dan halal yang telah diberikan untuk kamu, RASUAH itu lah adalah Dosa Besar dan dilaknati ALLAH SWT. RASUAH itu Hina dan Jijik.

Kenapa pengamal Rasuah tidak merasa bersalah, ialah kerana mereka tidak merasakan Rasuah itu Hina dan Jijik. Tidak merasakan diri mereka dilaknati ALLAH SWT. Mereka sanggup menghidangkan najis untuk makanan keluarga.

Kesalahan Rasuah yang tidak di sedari masyarakat ialah KESALAHAN MEMBUAT TUNTUTAN PALSU ATAU MENGEMUKAKAN DOKUMEN PALSU. Kesalahan ini sering dilakukan.

KESALAHAN MANA-MANA PENJAWAT AWAM MENGGUNAKAN KEDUDUKAN ATAU KUASA UNTUK KEPENTINGAN DIRI.

Golongan Belia berumur 40 tahun kebawah adalah golongan yang paling tinggi terlibat dalam Rasuah.
Kenapa ia berlaku ialah kerana tekanan hidup dan juga peringkat umur baru nak bertapak membina keluarga. Golongan ini tersangat mudah dipengaruhi dan disogok melakukan Rasuah tanpa rasa bersalah, berdosa dan menipu dalam memuaskan kehendak diri sendiri.

Rasuah berleluasa kerana kita melihat sesuatu dengan mata fizikal dan bukan mata hati. Kita hanya mengatakan apa yang orang buat tetapi tidak pada diri kita atau apa yang kita buat. Apa yang kita buat untuk memerangi Rasuah? Malahan kita pula memnadi Penggalak Rasuah dengan menawarkan Rasuah apabila kita melanggar undang-undang. Alasan ialah orang lain buat boleh kenapa tidak kita. Atau alasan kesalah kita itu kecil sahaja. Rasuah adalah tetap Salah tidak kira kecil atau besar Rasuah itu.

Peranan Masyarakat tersangat penting bagi memastikan Rasuah dihapuskan. Sikap Ambil Tahu dan Ingin Tahu adalah permulaan kepada memastikan segala kerja dijalankan dengan betul. Pemantauan Masyarakat adalah antara tindakan paling efektif mencegah berlakunya Rasuah.

Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *