Program TOT 4/2016, MACA

Share Button

Telah Berlangsungnya Program TOT 4/2016, di MACA, KL

‘TONGGAK 7T’
YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA (YARM)

1. T – Tidak
Rasuah adalah bapa kepada segala jenayah. Katakan TIDAK.

2. Tahu
TAHU bahawa rasuaha dalah satu kesalahan dan hukumannya adalah tersangat berat dan dilaknati tuhan. Neraka jahanam tempatnya bagi perasuah.

3. Tengok
TENGOK rasuah, laporkan kepada SPRM melalui fax, datang ke pejabat SPRM atau e-mail.

4. Tegur
TEGUR dan nasihat kawan-kawan, adik beradik, saudara mara, suami isteri dan anak-anak. Teguran kita adalah kerana kita kasih dan sayang pada mereka dan ingin menyelamatkan mereka dari penjara dunia dan neraka jahanam

5. Tolak
TOLAK rasuah. Rasuah adalah lebih jijik daripada najis. Rasuah menghancurkan negara.

6. Tinggalkan
TINGGALKAN kalau pernah terlibat dalam rasuah. Cermin diri. Benci rasuah perosak harga diri.

7. Taubat
TAUBAT pada yang Maha Esa dan mohon keampunanNYA. Pintu keampunan sentiasa terbuka. Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *