“RASUAH DAN ANDA” MULTIMEDIA UNIVERSITY

Share Button


“RASUAH DAN ANDA” MULTIMEDIA UNIVERSITY. CYBERJAYA
9HB NOV 2016

Ceramah berkenaan “Rasuah dan Anda. Bagaiman Untuk Mengelakakan Nya” bersama-sama pelajar-pelajar Baru MMU telah berlangsung dimana 50 pelajar dari luar negara dan lebih kurang 150 dari dalam negara telah disampaikan oleh Naib Presiden II, En. Mohd Rafee Aris.
YARM mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada pelajar-pelajar dari luar negara kerana telah memilih MMU untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kepercayaan mereka terhadap tenaga Pengajar dan kualiti Teknik Pembelajaran di MMU, sungguh bermakna bagi MMU khusus nya dan negara Malaysia amnya.

Rasuah merupakan satu kesalahan yang serius di negara Malaysia. Sesiapa sahaja yang mengamalkan Rasuah, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.
Pelajar-pelajar terutama sekali yang datang dari luar negara tidak perlu merasa takut atas ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan yang ingin mengambil kesempatan apabila berlaku sesuatu kejadian yang melibatkan undang-undang. Jangan sekali-kali menawarkan atau memberi Rasuah. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini hubungi pihak Universiti dan minta bantuan mereka. Tidak ada jalan singkat atau mudah menyelesaikan satu-satu kes dengan memberi Rasuah. Undang-undang Negara Malaysia adalah adil dan mempertahankan Hak Individu seperti yang telah termaktub dalam undang-undang. Untuk berjaya pelajar-pelajar harus bersedia untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh. Amalan untuk berjaya dengan menawar atau memberi Rasuah kepada Pensyarah-Pensyarah adalah satu kesalahan yang besar. Kerajaan Malaysia dibawah SPRM dan pihak Universiti tidak akan kompromi perbuatan yang terkutuk ini.

YARM bersedia untuk membantu pelajar-pelajar menangani isu-isu Rasuah. YARM YN Putra Jaya telah ditubuhkan dan program-program bersama pelajar sedang diatur untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang isu-isu Rasuah. Pelajar-pelajar adalah bakal pemimpin masa hadapan dan mereka harus diberi pendidikan tentang pentingnya INTEGRITI. Pelajar-pelajar harus mempunyai prinsip Hidup Bermasyarakat, saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.

Selalu lihat kepada Diri sendiri dan jangan mengamalkan sikap suka menyalahkan orang lain. Kegagalan memberi kita peluang untuk bangkit berjaya dengan lebih baik. Kegagalan bukan satu perkara yang hina tetapi ia adalah penggerak untuk merubah sikap dari negatif kepada lebih berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *