KULIAH SUBUH DI MASJID BANDAR BARU UDA

Share Button

 



KULIAH SUBUH DI MASJID BANDAR BARU UDA, JOHOR BARU

DS Presiden, mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Masjid dan Jemaah yang memberi laluan kepada YARM untuk berkongsi ilmu.

Di bolehkan makan makanan yang Haram itu seperti bangkai dan babi sekiranya Darurat tetapi jangan berlebihan.
Rasuah itu dilaknati ALLAH SWT dan tidak membenarkannya walaupun sedikit atau dalam keadaan yang terdesak.

Peranan masyarakat sangat penting dalam memerangi Rasuah. Masyarakat harus mengambil tahu dan bertindak apabila berlakunya Rasuah. Tanggungjawab SPRM harus dipikul bersama oleh masyrakat. SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat dan hanya akan berjaya sekiranya masyrakat membantu SPRM.

Penipuan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab selepas diberikan projek amat menjijikan. Masyarakat terpaksa tanggung perbuatan keji mereka.

Perasaan takut dilaknati ALLAH SWT didunia ini kerana Rasuah harus di tanamkan dihati semua masyarakat. Hanya dengan takut pada Hukum ALLAH SWT yang menanti Perasuah sahaja; Rasuah akan dapat dibendung. Jangan kita hidangkan makanan yang jijik dan haram untuk keluarga. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada melalui usaha yang Halal walaupun sedikit kerana itu adalah lebih baik dan dirahmati ALLAH SWT.

Bertaubat lah kalau kita telah melakukannya. Tinggalkan dan Bersyukur lah pada nikmat yang ALLAH SWT berikan kepada kita.
Berdoalah pada ALLAH SWT minta hanya pada NYA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *