PROGRAM MERAKYATKAN SPRM BERSAMA PEMIMPIN PARTI POLITIK PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Share Button

PROGRAM MERAKYATKAN SPRM BERSAMA PEMIMPIN PARTI POLITIK PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS), JOHOR – 12HB NOV 2016

DSP memulakan pertemuan yang sungguh mulia ini dengan ucapan Tahniah kepada SPRM JOHOR yang menganjurkan program yang mulia bersama PAS.
DSP juga mengucakan terima kasih kepada AJK Tertinggi PAS Negeri Johor dan ahli-ahli yang datang dengan begitu ramai sekali.

TAHNIAH kepada kedua-dua Organisasi Penting yang boleh duduk semeja untuk berceramah dan berbincang untuk kepentingan dan kemakmuran Negara.

RASUAH BAPAK KEPADA SEGALA JENAYAH

Halal atau Haram makanan selalu ditanya dan yang Haram sangat ditakuti dan Jijik. Tetapi dari mana sumber atau hasil tidak pernah ditanya.

Dari sumber Halal atau Haram?

Kita kena tunjuk, yakin, dan tegas bahawa Rasuah itu Jijik, Hina dan Keji. Neraka Jahanam tempat Nya.

TIDAK PADA RASUAH
Rela mati kelaparan dari bawa rezeki Haram – Rasuah

TAHU, TENGOK & TEGUR CEGAH RASUAH
Cegah mengikut kuasa yang kita ada iaitu memberi nasihati, memberi pendidikan, memberi teguran dan buat lapuran pada SPRM. Beri Kepercayaan dan Keyakinan kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka.

Kegagalan Memerangi Rasuah ialah Rakyat tidak mempercayai dan Enggan Bekerjasama dengan SPRM.

Berilah sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, YBhg Datuk Dzulkifli Ahmad dan Pegwai-Pegawai SPRM nya yang telah berjanji dan berikrar akan memerangi Rasuah Habis-Habisan.

Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM JOHOR, Tn Zuber Haji Zainal mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Pas yang berjumlah lebih kurang 150 yang hadir pada hari ini.
Kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan oleh PAS memberi semangat kepada SPRM untuk lebih berjaya. Kesalahan Rasuah adalah nyata dan dilaknati ALLAH SWT.

Ustaz Abdullah Hussin, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS JOHOR menyambut baik hasrat SPRM untuk bekerjasama dengan PAS dalam usaha memerangi Rasuah. PAS sentiasa terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM dan berharap hubungan mesra dan baik ini berterusan.

SESSI FORUM
Ahli Panel –
Dato’ Sri Zakaria Jaafar
Ustaz Abdullah Hussin
Dato’ Simi Abdul Ghani

Tidak ada undang-undang yang mengkehendaki calun pilihanraya harus disiasiat atau di tapis dahulu oleh SPRM.

Keahlian YARM terbuka kepada sesiapa sahaja. Terbahagi kepada 3 :
1. Ahli Biasa
2. Ahli Sukarelawan
3. Ahli Koperat

Maklumat
SPRM akan mengadakan siasatan dahulu tentang kebenaran lapuran.

Siasatan
SPRM menyiasat lapuran yang ada asas untuk SIASATAN LANJUT DIADAKAN

Perasuah
Orang yang mengambil Rasuah ialah Orang yang Tamak Haloba bukan orang yang susah

SPRM MESRA RAKYAT TAPI DIGERUNI PERASUAH
Rakyat seiring dengan SPRM bersama-sama Memerangi Rasuah

SPRM membuka pintu kepada Rakyat untuk bersama-sama memerangi Rasuah.

Rasuah itu Penyelewengan.
Rasuah dalam politik adalah lebih dahsyat kesannya dari yang biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *