BENGKEL MANAGEMENT WALK THE TALK POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Share Button

Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Zakaria Bin Haji Jaffar, Presiden YARM, menegaskan bahawa Kepercayaan awam terhadap Penjawat Awam adalah amat tinggi. Integriti adalah amat penting bagi menjaga nama baik organisasi. Jangan lekas percaya pada apa yang kita lihat. Selidik dahulu sebelum membuat andaian atau pendapat. Jadilah Penjawat Awam yang bersyukur dan berperibadian tinggi agar sentiasa dihormati oleh masyarakat dan juga rakan sekerja.

Lakukanlah pekerjaan dengan baik dan betul. Gunakanlah deria yang telah dianugerahkan ALLAH SWT dengan betul. Jangan salah gunakan dengan mendengar atau melakukan perkara-perkara yang tidak betul. Kita akan merasa rugi apabila peluang dan tanggungjawab yang diberi itu ditarik balik. Pekerjaan itu adalah Amanah yang kita setuju terima dan adalah tanggungjawab kita untuk melaksanakan dengan baik.

Cermin Diri dan lihat lah dengan Mata Hati diri kita sendiri. Peraturan yang telah ditetapkan harus kita ikut. Janganlah kita melihat, mengata dan mencari kesalahan orang lain kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia dan berdosa dari segi agama. Gunakan akal fikiran melakukan perkara yang baik dan betul. Menghormati rakan sekerja, bekerjasama dan memberi sokongan adalah teras kepada Penjawat Awan yang baik.

INTEGRITI itu adalah Cermin Diri siapa kita ini. Jangan persia-siakan NIKMAT yang telah ALLAH SWT berikan. Bersangka baik dan bertuahlah apabila diberi kepercayaan dalam melakukan tugas. Lakukan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi. Pintu Kejayaan sentiasa terbuka apabila kita berkerja dengan betul dan telus.

Janganlah buat perkara yang boleh menjatuhkan harga diri kita. Sayangilah diri kita INTEGRITI itu adalah AMANAH.

Cari Kepakaran Dalam Diri Kita. Buktikan Kebolehan Kita. Buktikan Kita punya INTEGRITI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *