PROGRAM MENDAMPINGI MASYRAKAT DALAM WACANA “HIJRAH”

Share Button

Moderater – Ustaz Shamsul Maarif
YARM – PROGRAM MENDAMPINGI MASYRAKAT DALAM WACANA “HIJRAH” BERSAMA USTAZ HASSANUDIN DAN USTAZ RIDWAN ABU BAKAR, SURAU ULU AZMI, AMPANG

Hijrah merupakan perkara yang besar.
Ustaz Hassanudin –
Manusia harus menggunakan Minda untuk berfikir dan jangan hanya mengikut melulu. Kita harus merasakan diri kita sebagai Khalifah yang memperjuangkan kepada Amal Ma’aruf Nahi Mungkar. Tanpa mengira bangsa dan agama kita perlu menunjukkan keperibadaian yang baik dan mulia. Sifat-sifat seorang Khalifah harus ditunjukkan agar yang bukan beragama Islam memuji dan sayang pada Islam. Sikap sayang dan mengambil berat antara kita tidak hanya terhad kepada seagama dengan kita tetapi juga pada yang beragama lain. Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam menunjukkan sifat mulia dan keindaham Islam agar Islam sentiasa menjadi amalan dan pegangan hidup seluruh manusia.

Ustaz Ridwan Abu Bakar –
Hijrah itu adalah jambatan pengikat persaudaran antara kita. Hijrah itu pengikat IMAN untuk umat Islam bergerak menuju kearah kebaikan. Orang yang beriman hubungan mereka adalah bergantung kepada UQUWAH atau PERSAUDARAN IMAN Hubungan Uquwah antara umat Islam itu adalah yang paling baik. Ikatan persaudaran sesama islam tidak boleh diputuskan. Walaupun manusia itu berbeza kerana”Tabiat” namun persaudaran itu adalah hubungan Uquwah antara kita tidak lari dari beriman pada ALLAH SWT.

Apabila manusia mengurus hidup dengan hawa nafsu maka berlakulah ketidak sempurnaan
Apabila manusia mengurus kan hidup dengan akal maka manusia akan mengurus dengan apa yang baik untuk masyarakat.
Menguruskan mengikut hawa nafsu akan meruntuhkan negara. Rasuah berleluasa. Maksiat berleluasa. Jenayah berleluasa. Hancurlah Negara.
Hijrah lah kearah kebaikan dengan Akal. Gunakan akal untuk menimba Ilmu, membezakan yang baik dan buruk, membuat pilihan yang betul untuk kesejahteraan bangsa, agama dan negara.

Hijrah itu adalah merubah diri kepada kebaikan. Perbuatan kita yang jahat kita tinggalkan. Perbuatan seperti Rasuah, Maksiat dan perbuatan yang mungkar lain harus kita benci. BENCI PADA RASUAH. BENCI PADA PENYELEWANGAN. BENCI PADA MAKSIAT.
Tugas kita sebagai Khalifah ialah memperjuangkan dan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan perkara-perkara yang mebebankan masyarakat. Keimanan dan Keyakinan pada ALLAH SWT adalah senjata kepada kejayaan.
Tunjukkanlah sifat-sifat murni dikalangan keluarga dan juga masyarakat agar kesucian dan keindaha Islam dirasai dan disemai dimana sahaja kita berada. Jalankan tugas dengan Amanah dan Ikhlas. Jangan kita ambil hak orang lain dan membawa pulang rezeki haram untuk keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *