Forum “Kearah Negara Bebas Rasuah”

Share Button

Sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2016

YARM Telah dijemput ke Forum “Kearah Negara Bebas Rasuah” di Hotel Premiera, Kuala Lumpur

Intipati Forum:
YBhg. DATUK ZULKIIFLI AHMAD – KETUA PESURUHJAYA SPRM

Datuk KP mengucapkan terima kasih kepada semua orginisasi yang telah bekerjasama menjayakan HARI ANTI RASUAH ANTARABANGSA 2016.
– MARA
PRASARANA
– INTEGRITI
– YARM

Kerjasama erat ini mencerminkan kesungguhan semua pihak untuk memerangi RASUAH. Aktiviti-aktiviti seperti Forum dan Walkabout Bersama SPRM adalah diantara program dan usaha SPRM untuk mendekati rakyat.
Kejayaan-kejayaan SPRM menangani Rasuah dengan tangkapan yang dibuat adalah Komitmen dan Kesungguhan SPRM untuk Membasmi Rasuah. SPRM tetap Tegas dan Bersungguh-sungguh untuk Membenteras dan Membasmi Rasuah. Kepada Rakan strategik SPRM –
– MARA
– PRASARANA
– SEKRITARIAT ANTI RASUAH
– YARM
– TI Malaysia
Walau sekecil mana sekali pun kempen dan usaha Rakan Strategik ini SPRM sangat menghargainya.

Speaker YBHG DATO’ SHAMSUN BAHARIN MOHD JAMIL, TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA PENCEGAHAN SPRM
Walau sekecil mana pun Rasuah ia tetap salah dan harus dilapurkan. Bersama-samalah dengan SPRM memerangi Rasuah. Jangan hanya tinggalkan tanggungjawab ini pada SPRM. Kejayaan SPRM membenteras Rasuah adalah dari kerjasama masyarakat.

Speaker 2 YBHG DATUK IBRAHIM AHMAD, KETUA PENGARAH MARA

MARA membenci RASUAH. MARA mahu amalan RASUAH DIHAPUSKAN. RASUAH dilaknati ALLAH SWT. MARA mahu melahirkan Peniaga-Peniaga yang Telus dan Amanah. Janganlah jadikan RASUAH amalan hidup dan juga amalan perniagaan.

YBHG TAN SRI ISMAIL ADAM, PENGERUSI PANEL PERUNDING DAN PENCEGAHAN RASUAH

Walaupun sumbangan Anda membenteras RASUAH kecil setidak-tidaknya Anda membuat sesuatu.

Sikap ini perlu ada pada semua masyarakat Malaysia. Kita semua terlibat dan patut bertanggungjawab menjaga Keharmonian dan Kestabilan Negara. Rasuah ialah masalah semua. Jangan hanya menunding jari atau melakukan Rasuah kecil untuk melepaskan diri dan tidak ada rasa bersalah. MY PRIDE IS NOT FOR SALE.
Sikap yang patut ada pada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *