Pertemuan dua hala di antara wakil pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH)

Share Button

14/12/2016
Pertemuan dua hala di antara wakil pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) di HQ, Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) di Kajang. Perbincangan adalah berkisar kepada bagaimana cara membenteras rasuah di kalangan parti politik. Antara yang hadir adalah Saudara Sazni Munir Mohd Shir, Saudara Mohd Najib bin Mohd Yusof, Saudara Che Abd Rahim dan Saudara Nik Abdul Razak dari pihak AMANAH.
Kehadiran di pihak YARM pula adalah DS Zakaria (Presiden), En. Jais (Timblan Presiden) dan juga En. Md. Alimuddin selaku Setiausaha Agong YARM.
Pihak Pemuda Amanah mengemukakan beberapa persoalan berhubung rasuah dan cara mengatasinya. Antaranya adalah pembiayaan politik, prinsip integriti dan bagaimana menjadikan AMANAH sebagai parti yang paling berintegriti di kalangan parti-parti politik di Malaysia.
Tuan Presiden YARM, Timbalan Presiden dan SUA menjawab segala persoalan berhubung bagaimana memberi silibus dan pembelajaran memerangi rasuah dengan beberapa IDEA dan SOP melaksanakannya.
En.Jais juga menceritakan bagaimana hasil lawatannya ke beberapa negara di antaranya China dan Indonesia. Pihak Pemuda Amanah juga antara lain akan menjemput pihak YARM pada masa akan datang untuk memberi pendidikan bagaimana memerangi rasuah di kalangan ahli-ahli AMANAH bagi merealisasikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *