PROGRAM PERKAMPUNGAN ANAK-ANAK ANGKAT YAYASAN JOHAWAKI

Share Button

PROGRAM PERKAMPUNGAN ANAK-ANAK ANGKAT YAYASAN JOHAWAKI – “BAGAIMANA NAK BERIMAN PADA ALLAH SWT” OLEH DSZ PRESIDEN YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA

ALLAH SWT menganugerahkan 3 perkara kepada manusia :
1. Penglihatan
2. Pendengaran
3. Akal
Anugerah ini adalah untuk kita bersyukur pada ALLAH SWT dan beribadah pada NYA. Apabila kita engkar akan perintah ALLAH SWT maka Neraka Jahanam adalah tempatnya.
Mereka-mereka yang tidak menggunakan anugerah-anugerah ini maka ia adalah lebih teruk dari binatang ternakan. Akal fikiran diberi untuk kita berfikir dan mengamalkan Kehidupan Amal Ma’akruf Nahi Mungkar. Jadilah orang-orang yang baik. Jadilah orang yang sebenar-benarnya Taqwa pada ALLAH SWT.
5 tahap Taqwa
1. Muslim – mengucap 2 Kalimah Syahadah. Orang Islam apabila baligh.
2 Mukmin – Menjalankan perintah ALLAH SWT. Membuat yang disuruh dan Meninggalkan yang ditegah
3. Mokhsin – Faham akan ilmu-ilmu Agama yang dipelajari dan buat dengan betul. Belajar dari Guru/Ustaz yang mahir. Buat Ibadah dengan BETUL seperti yang dipelajari.
4. Mukhlis – Segala amalan kita dibuat dengan IKLHAS dan niat hanya kerana ALLAH SWT
5. Mustaqim- Yakin dengan seyakin-yakinya bahawa ALLAH SWT melihat segala perbuatan kita

Berlakulah baik dan bersikap adil pada setiap masa kerana segala amal kebaikan kita akan dibalas oleh ALLAH SWT.
Jangan tinggalkan Solat dalam apa juga keadaan. Dan mintalah daripada ALLAH SWT dengan berdoa pada Nya. Gunakan Akal fikiran, Penglihatan dan Pendengaran dengan baik serta amalkan Sunnah RASULULLAH SAW dalam setiap pekerjaan harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *