PROGRAM PERKAMPUNGAN ANAK-ANAK ANGKAT JOHAWAKI – “JAUHI MAKSIAT DAN PERBUATAN HARAM”

Share Button

PROGRAM PERKAMPUNGAN ANAK-ANAK ANGKAT JOHAWAKI – “JAUHI MAKSIAT DAN PERBUATAN HARAM” OLEH TN HAJI RASHIP, MANTAN PEGAWAI KHAS PENDAKWA RAYA DAN BPR

Perbuatan Maksiat harus dijauhi. Maksiat adalah saudara Syaitan. Maksiat itu adalah perbuatan-perbuatan jahat seperti rasuah, penagihan dadah, mencuri, minum arak, zina, pelacuran menderhaka pada ibu bapa, memecahbelahkan saudara mara, menyebar fitnah dan banyak lagi perbuatan jahat yang dilaknati oleh ALLAH SWT. Segala perbuatan yang menjunam ke arah kearah neraka jahanam itu adalah maksiat.

Rasuah dilaknati ALLAH SWT dan merupakan kesalahan yang sangat berat. Rasuah berlaku apabila kita merasa tamak, mempunyai kedudukan/pangkat/peluang untuk melakukan rasuah kerana sikap tidak amanah dan mementingkan diri sendiri.

Pastikan makanan yang kita makan itu bebas dari campuran benda-benda yang haram atau hasil haram. Makanan haram yang dimakan akan menjadi daging didalam tubuh badan kita dan akan menjadi malapetaka kepada kita yang akan dicampakkan kedalam api neraka jahanam. Jangan kita hidangkan makanan dan hasil-hasil haram dari rasuah, mencuri, menipu atau segala bentuk perbuatan hasil haram kepada keluarga. Ia ibarat memberi makanan najis kepada keluarga tersayang.

Hasil makanan haram atau dari sumber yang haram akan membuat seseorang cenderong melakukan kejahatan. Malas untuk Solat, tidak amanah, berjudi, mencuri dan sebagainya. Ilmu sukar untuk dibelajar kerana makanan haram telah menghalang kita menjadi orang yang bijak berilmu.

Perbuatan menerima rasuah melibatkan beratus juta ringgit yang berlaku dinegara kita menunjukkan bahawa perbuatan jahat tidak selamat dan sungguh memalukan. Walau setinggi mana kelulusan dan pangkat yang dimiliki tetapi tidak jujur dan melakukan rasuah dan perbuatan jahat neraka jahanam tempat penderhaka ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *