UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2017 DATO’ SRI HAJI ZAKARIA JAAFAR, PRESIDEN YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA

Share Button

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa YARM dan ahli-ahli YARM yang telah menjadikan tahun 2016 tahun yang cemerlang buat YARM. Segala usaha dan pengorbanan ahli-ahli YARM tidak sia-sia kerana YARM telah mendapat pengiktirafan sebagai badan bukan kerajaan yang perihatin dan bersungguh-sungguh memerangi Rasuah oleh masyarakat dan kerajaan. Antara kejayaan YARM ialah :

1. Penubuhan Yayasan Negeri (YN) YARM disetiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

2. Pengiktirafan YARM sebagai RAKAN STRATEGIK SPRM oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

3. Pelancaran BULETIN YARM oleh YB Dato’ Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan ke 2.

4. RAKAN MEDIA YARM bersama RTM, BERNAMA, RADIO IKIM, RADIO JAKIM dan RADIOmyMACC.fm

5. PANEL JEMPUTAN PENCERAMAH DAN FORUM oleh Jabatan Kerajaan, NGO, Institutsi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan Syarikat.

6. PELANCARAN TONGGAK 7 YARM – Kempen Pendidikan Membenci Rasuah.

TONGGAK 7 YARM

1. TIDAK
Rasuah Adalah Bapa Kepada Segala Jenayah. KATAKAN TIDAK

2. TAHU
Tahu Bahawa Rasuah Adalah SATU Kesalahan Dan Hukuman Nya Tersangat Berat Dan Di Laknati TUHAN. Neraka Jahanam Tempat Bagi Persauah.

3. TENGOK
Tengok Rasuah. Lapurkan Kepada SPRM Melalui Fax, Pejabat SPRM, SMS Atau E-mail.

4. TEGUR
Tegur dan Nasihat Kawan-Kawan, Adik Beradik, Suami Isteri, Saudara Mara dan Anak-Anak. Teguran Kita Adalah Kerana Kasih Sayang Pada Mereka Dan Ingin Menyelamatkan Mereka Dari Penjara Dunia Dan Neraka Jahanam.

5. TOLAK
Tolak Rasuah. Rasuah Adalah Lebih Jijik Dari Najis. Rasuah Adalah Pengkhianat, Penderhaka dan Penghancur Negara.

6. TINGGALKAN
Tinggalkan kalau Pernah Terlibat Dalam Rasuah. Cermin Diri. Benci Rasuah Perosak Harga Diri

7. TAUBAT
Taubat Pada Yang MAHA ESA Dan Mohon Keampunan NYA. Pintu Keampunan Sentiasa Terbuka. TUHAN MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.

Pendirian YARM yang tidak menyebelahi mana-mana pihak telah menjadikan YARM badan Pertubuhan Bebas yang Telus dan dipercayai dalam Perjuangan Memerangi Rasuah. Kepercayaan ini terbukti dengan program-program anjuran parti politik dan badan-badan NGO dengan YARM bersama-sama duduk membincang, merangka, bertukar pandangan dan pendapat serta Majlis Ikrar Sumpah Anti Rasuah oleh PAS, UMNO, PARTI AMANAH RAKYAT, IDEAS, C4 dan banyak lagi.

RASUAH kini telah menjadi Musuh No 1 Rakyat Malaysia. Masyrakat dari segala lapisan tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang individu, peringkat umur dan fahaman politik kesemuanya membenci Rasuah. Rasuah dianggap sebagi “3 P” ;
1. PENDERHAKA
2. PENGKHIANAT
3. PENGHANCUR NEGARA.

Sikap saling hormat menghormati antara kita tapoa mengira kedudukan dan pangkat akan menjadikan tugasan dan amanah yang diberikan akan dapat kita jalankan dengan berani dan benar.

Jauhkanlah hidup kita dari sifat tamak, mementing diri, tidak amanah dan mementingkan diri sendiri. Buatlah apa yang boleh kita buat. Jangan buat perkara yang kita tidak bokeh buat seperti maksiat dan perbuatan haram. Tanamkan sifat Tawqa dan Integriti dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh dengan cabaran. Jangan kita ambil mudah dalam memperolehi sesuatu dengan perbutan yang salah dari sisi agama mahupun undang-undang. Hindarkan sikap ego dan sombong diri agar segala perbuatan dan keputusan yang dibuat akan berlandaskan pada nilai integrit yang tinggi.

Berusahalah dengan cara yang betul dan berintegriti dalam mengejar pangkat, kedudukan dan kekayaan. Jangan kita ambil hak orang lain dan menindas orang yang lebih rendah dari kita hanya untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Kejayaan yang sangat manis dan bermakna ialah kejayaan yang diperolehi dengan hasil usaha dan tenaga kita melalui jalan yang betul. Kerana rezeki yang baik akan menjadikan kita keluarga yang baik.

Kesalahan Rasuah hukumannya teramat berat dan hukuman itu bukan hanya dirasai oleh pelaku rasuah tetapi juga oleh seluruh anggota keluarga akan mendapat penghinaan dan malu dari perbuatan yang jijik itu. Aib dari kesalahan rasuah akan kekal sehingga akhir hayat walaupun selepas menjalani hukuman kerana perasuah tadi sudah dilabel sebagai tidak amanah dan tidak boleh dipercayai. Kemana sahaja ia pergi pandangan sinis masyarakat terhadap perasuah tetap tidak dapat dielakkan.

Tanamkan semangat bermaafan dan ringan tangan dalam menjalankan tugas harian. Semangat ini akan membawa kita kepada sifat Taqwa, Kesyukuran dan sentiasa bersangka baik dalam menjalankan tanggungjawab. INTEGRITI itu adalah dalam diri kita sendiri. Yakinilah segala perbuatan baik akan dibalas dengan baik dan begitu juga sebaliknya.

Mulakan perubahan dengan diri sendiri dan jadikan Tonggak 7 YARM sebagai sandaran dalam mengharungi hidup perjuangan kita Memerangi Rasuah.

Tahun 2017 diramalkan akan lebih mencabar akibat dari keadaan ekonomi yang bergolak, tekanan dari negara luar terhadap isu 1MDB, kenaikan harga barang dan ramalan kehilangan pekerjaan yang dijangka mencapai 50,000 pekerja dari semua sektor.

Belia dan golongan cendiakawan yang menjadi harapan negara kini menjadi sasaran perasuah bagi memenuhi keperluan mereka memperolehi keuntungan. Kemerdekaan dan Pembangunan Negara yang dibina selama 59 tahun akan musnah dan terkubur dengan sekelip mata akibat dari perbuatan Rasuah.

YARM berpeganag kepada kejayaan memerangi Rasuah ialah melalui Kepercayaan, Perpaduan, dan Kemufakatan. Tanggungjawab memerangi Rasuah terletak pada semua Rakyat Malaysia. Rasuah akan terus berleluasa sekiranya masyarakat hanya menunding jari, berpuak-puak dan berpecah belah menyalahkan satu sama lain.

Jadilah Ahli YARM dengan melayariwww.yarm.org.my bersama-sama kita memerangi Rasuah.

TANGGUNGJAWAB MEMERANGI RASUAH ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

SELAMAT MENYAMBUT 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *