MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA

Share Button

MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA 5HB JAN 2017. CERAMAH – “INTEGRITI DAN JENAYAH RASUAH PENJAWAT AWAM – OLEH DATO SRI ZAKARIA JAAFAR, PRESIDEN YARM”.

Intipati Ucapan
INTEGRITI itu adalah diri kita sendiri. Yang ada dalam diri kita sendiri. Hanya kita sahaja dapat mengawalnya. CERMIN DIRI.
Menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk bersikap AMANAH.DAN TELUS.

Penjawat Awam jalankan tugas dengan Amanah. ALLAH SWT melaknati mereka-meraka yang tiada Integriti memgamalkan RASUAH. Masyarakat bergantung penuh kepada penjawat-penjawat awam supaya menjalankan kerja-kerja pembangunan negara dengan cekap dan bertanggungjawab.

JANGANLAH PERSIA-SIAKAN KEPERCAYAAN INI.
SPRM tidak akan kompromi dengan Pengamal Rasuah. Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat, kedudukan, atau pengaruh pada sesiapa sekali pun. Begitulah amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM.

PEMBERI RASUAH DAN PENERIMA RASUAH ADALAH :-
– PENDERHAKA
– PEMBELOT
– PENGHANCUR NEGARA

Laporkan RASUAH sekiranya kita ada maklumat atau mengetahui berlakunya Rasuah. Pemberi Makumat akan dilindungi dibawah AKTA PEMBERI MAKLUMAT/WHISLE BLOWER ACT.

Rasuah atau Suapan adalah berbagai bentuk seperti wang, perkhidmatan, seks, diskaun, barang atau apa sahaja bentuk suapan yang bertujuan untuk melakukan atau tidak melakukan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pencegahan Rasuah bermula dari kita sendiri. Jangan hanya mengata perbuatan orang lain tetapi apabila berlaku kepada kita, kita sendiri melakukan dengan sukarela tanpa rasa bersalah. Bertanggungjawab diatas kesalahan yang kita lakukan. Jangalah diteruskan dengan memberi Rasuah untuk selamatkan diri sendiri. Walaupun jumlah nya kecil. Hukuman nya tetap sama dan berat.

INTEGRITI :-
– KEJUJURAN
– KETULUSAN
– KESEMPURNAAN
– KEUTUHAN
– KETUHANAN

RASUAH :-
– LEBIH JIJIK DARI NAJIS
– BAPAK SEGALA JENAYAH
– DILAKNATI ALLAH SWT
– NERAKA JAHANAM TEMPATNYA
– MEMBERI MAKAN NAJIS
KEPADA KELUARGA

Jangan lah sekali-kali melibatkan diri dalam Rasuah. Tanamkan sikap Integriti dalam diri kita. Sayangilah keluarga kita. Jangan malukan keluarga kerana perbuatan kita yang keji itu.

EGO :-
– MENOLAK KEBENARAN
– MEMANDANG RENDAH/HINA
ORANG BAWAHAN
– MENGGUNAKAN KEDUDUKAN
UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Jangan disia-siakan Nikmat-Nikmat yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa. Apabila kita mengkhianati segala nikmat-nikmat itu maka kita ada tergolong dari orang-orang yang Rugi.

Integriti adalah penting dalam kehidupan harian kita. Dengan Integriti kita akan sentiasa berasa bertanggungjawab, kasih sayang, beramal soleh, amanah, telus dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *