BERSAMA TETAMU ISTIMEWA SLOT TOKOH – “DATO’ SERI ZAKARIA JAAFAR”

Share Button

KHAMIS 12HB JAN 2017 BERSAMA TETAMU ISTIMEWA SLOT TOKOH – “DATO’ SERI ZAKARIA JAAFAR”

Menyertai BPR pada 2 – 8 -1982
Berkhidmat selama 33 tahun 2 bulan dan 11 hari
Jawatan Terakhir – Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan Dan Professionalisma, SPRM

Pegangan Prinsip – Menguatkuasakan Undang-Undang Atas Kuasa Yang Diberikan.

Tanggungjawab Tugas di SPRM:
Penguatkuasan
Pengurusan
Professionalisma

Bersara pada 13hb Okt 2015

Selepas bersara meneruskan Perjuangan Memerangi Rasuah dengan menceburi YAYASAN ANTI RASUAH MALAYSIA sebagai Presiden.

YARM berperanan sebagai memberi PENDIDIKAN dan KESEDARAN kepada masyarakat tentang bahayanya RASUAH.

YARM tidak mempunyai kuasa untuk undang-undang untuk menangkap Perasuah.

YARM menggunakan pendidikan secata LISAN memberi nasihat dan pencerahan akan bahaya RASUAH.

YARM bertemu masyarakat dari berbagai lapisan kaum, latarbelakang politik, pangkat atau pekerjaan dan umur dalam memberi pendidikan bahaya Rasuah kepada Negara dan Masyarakat Malaysia.

Pendekatan YARM ialah memberi penekanan bahawa RASUAH ADALAH HARAM DAN DILAKNATI OLEH SEMUA AGAMA.

YARM menekankan faktor Agama dalam kehidupan seharian dalam mendidik masyarakat

TONGGAK 7 YARM

KATAKAN TIDAK PADA RASUAH
Tegah perkara Mungkar dan Dosa. Mesti tanam dihati diri Membenci Rasuah. Kekuatan Diri menolak Rasuah apabila berhadapan dengan nya.

TAHU, TENGOK, TEGUR
Kalau kita TAHU ada Rasuah dan TEGOK Rasuah Berlaku Kita mesti Tegur.
Jangan jadi manusia yang tidak BERANI dan BACUL takut menegur dan menghalang perkara Mungkar.

TERLIBAT, TINGGALKAN DAN TAUBAT
Balik ke pangkal jalan kalau pernah TERLIBAT dan TINGGALKAN Rasuah. TAUBAT pada Yang Maha Esa Mohon Keampunan

Cari jalan yang benar melalui ILMU dan Kekuatan HATI untuk mengatakan TIDAK pada RASUAH.

D.U.I.T. YARM

DOA
Cari ilmu kekuatan hati dengan DOA pada ALLAH SWT. Mohon pada NYA dan Bertawaqal kepada NYA.

USAHA
Sentiasa berasa syukur atas apa yang kita ada. USAHA tanpa berputus asa dengan sabar

IKHTIAR
IKHTIAR dengan jalan yang betul mencari rezeki yang Halal walaupun SEDIKIT.

TAWAQAL
Segala yang ada di dunia ini adalah milik ALLAH SWT. Serah pada ALLAH SWT dan mohon akan Keredaan NYA. Percaya Diri. Yakin Diri. Cermin Diri.

Keahlian Sukarelawan YARM terkini ialah 4,012. Keahlian boleh dibuat melalui on-line melalui website www.yarm.org.my

YARM mempunyai cawangan/cabang disetiap negeri yang diketuai oleh Pengerusi YN NEGERI.

Jadilah Ahli YARM samada sebagai SUKARELAWAN, AHLI BIASA ATAU AHLI KOPERAT bersama-sama memerangi RASUAH. Kalau kita TIDAK bersama-sama mengambil peranan memerangi RASUAH maka akan hancurlah NEGARA kita yang tercinta. Rakyat Malaysia membina Negara yang berjaya selama 59 tahun tapi RASUAH boleh menghancurkan Negara dalam sekelip mata sahaja.
Lihatlah perbuatan RASUAH sebagai yang amat JIJIK dan HINA. RASUAH Kepala segala JENAYAH yang patut kita sama-sama hapuskan.

SEMATKAN BENCI RASUAH DALAM HATI DAN BERSAMA-SAMA MEMERANGI RASUAH.

JADILAH AHLI YARM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *