Forum Isu Rasuah-Rakyat Bangkit Menentang Rasuah

Share Button

 

TN HAJI JAIS ABDUL KARIM, BIRO ANTI RASUAH & INTEGRITI

Melaungkan Kebangkitan Rakyat Menentang Rasuah tidak lagi dapat dibendung. Kita harus bangkit menentang Kemungkaran yang akan menghancurkan Negara Malaysia Tercinta.

Jangan diberi tempat kepada PENGKHIANAT DAN PENGHANCUR NEGARA IAITU PENGAMAL RASUAH.

RASUAH ADALAH BAPAK KEPADA SEGALA JENAYAH. HASIL YANG JIJIK LAGI HINA INI HARUS DI HAPUSKAN SERTA MERTA.

DATO SRI ZAKARIAH JAAFAR, PRESIDEN YARM

Bagaimana Masyarakat hendak dibangkitkan menentang RASUAH?

YARM mengambil langkah MENDIDIK MASYARAKAT betapa HINA DAN JIJIK NYA RASUAH ini.

Janganlah hanya merungut rumah kita kotor tetapi tidak ada seorang pun yang hendak membersihkan nya. Semua ahli masyarakat perlu memainkan peranan mereka untuk membersihkan kekotoran itu.

SPRM
Masyarakat suka atau tidak harus memberi KEPERCAYAAN kepada SPRM. SPRM badan yang telah diamanahkan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan membenteras RASUAH. Berilah Kepercayaan dan Sokongan kepada SPRM.

Yayasan Anti Rasuah Malaysia bersama-sama SPRM bergerak mendidik masyarakat tentang betapa jijik, kotor dan hinanya RASUAH.

Masyarakat perlu disedarkan bahawa usaha memerangi RASUAH adalah usaha bersama-sama. Tldak kira siapa, bangsa, kumpulan atau latarbelakang. Semua terlibat sama memerangi RASUAH.

JANGAN KITA MENEMPAH NERAKA DAN DI MALUKAN DI DUNIA AKIBAT PERBUATAN RASUAH.

DIDIK LAH DIRI DENGAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT. JAUHI LAH RASUAH

DATO AKHBAR SATAR, PRESIDEN TRANSPARANCY INTERNATIONAL, TI MALAYSIA

Peranan Pemimpin tersangat penting dalam memerangi RASUAH. Pemimpin yang BERSIH DAN AMANAH tersangat penting kerana Pemimpin adalah Kepala Negara. Kalau Kepala nya KOTOR maka seluruh anggota yang lain juga akan kotor.

BEGITULAH PENTING NYA PERANAN PEMIMPIN.

Masalah RASUAH di Malaysia ialah INTEGRITI tidak diamalkan oleh Ketua. Sekiranya contoh yang baik tidak ditunjukkan bagaimana orang bawahan hendak mengamalkan INTEGRITI.

Dimasa dahulu INTEGRITI telah diajar dan ditanam sejak dari rumah dan di didik disekolah. BUDI BAHASA AMALAN HIDUP KITA Sangat dipentingkan. Kini kejayaan keputusan peperiksaan menjadi keutamaan. Anak-anak di didik mengutamakan keputusan peperiksaan dan nilai-nilai INTEGRITI semakin ditinggalkan.

KEGILAAN PERASUAH ADALAH PADA “3 TA” :
1. TAKHTA
2. HARTA
3. WANITA

INTEGRITI ADALAH SIKAP YANG HARUS DISEMATKAN DAN DI JIWAI SEPENUHNYA DAN DIJADIKAN AMALAN HIDUP KITA.

KEKAYAAN, JAWATAN DAN KECANTIKAN DUNIA HANYALAH SEMANTARA. INTEGRITI ADALAH SELAMA-LAMANYA.

DATO RUHANIE AHMAD, NAIB PRESIDEN PERKASA

NAFSU KERAKUSAN TAMAK HALOBA AKAN KUASA AKAN MENJADIKAN RASUAH ITU RAJA.

Penjawata Awam mesti mengamalkan sikap bersih dan amanah dalam menjalankan tugas yang di amanahkan.

Banyak Program Integriti yang telah dilancarkan oleh Mantan-Mantan Perdana Menteri. Tun Mahathir “BERSIH, CEKAP DAN AMANAH”. Tun Ahmad Badawi PLAN INTEGRITI NEGARA. Namun RASUAH masih berleluasa. Kenapa?

RASUAH MENGANCAM NEGARA
Tidak ada tempat bagi pengamal RASUAH. RASUAH HARUS DILABEL SEBAGAI MUSUH NEGARA.

RASUAH melibatkan institutsi negara. RASUAH melemahkan pentadbiran negara. RASUAH menyebabkan Negara hilang berbilion RM. RASUAH memecah-belahkan masyarakat. RASUAH mengancam keselamatan negara. RASUAH dilakukan oleh segolongan manusia yang mementingkan diri sendiri.

RASUAH BERLAKU DISEBABKAN KERAKUSAN DAN KEGILAAN KEKAYAAN DUNIA PERASUAH

RASUAH ITU MUSUH NEGARA

DATO’ SRI ZAKARUA JAAFAR, PRESIDEN YARM.

“TIDAK KIRA SIAPA DAN APA PERJUANGAN MEREKA, YARM TETAP AKAN BEKERJASAMA MEMERANGI RASUAH. PERASUAH ADALAH LEBIH HINA DAN JIJIK DAN DILAKNATI ALLAH SWT”.

MASALAH RASUAH ADALAH MASALAH BERSAMA. KEHARMONIAN, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN SELURUH RAKYAT MALAYSI ADALAH TANGGUNG JAWAB SEMUA. YARM BERPEGANG TEGUH KEPADA PRINSIP RASUAH ADALAH BAPAK SEGALA JENAYAH DAN MEMERANGI RASUAH ADALAH TANGGUNG JAWAB SEMUA RAKYAT MALYSIA.

BERSAMA-SAMA KITA MEMERANGI RASUAH. JADILAH AHLI YARM DI LAMAN WEB. www.yarm.org.my

RAFEE ARIS – NP II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *