TAZKIRAH JUMAAT DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA

Share Button

DATO’ SRI ZAKARIAH JAAFAR, PRESIDEN YARM.

TAZKIRAH JUMAAT DI MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA.

INTEGRITI MEMBAWA KE SYURGA

Alhamdulillah atas setinggi-tinggi nikmat Kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana mengizinkan kita untuk datang ke rumah NYA untuk menunaikan solat yang telah diwajibkan keatas kita.

TIDAK ALLAH SWT JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA NYA

Bersyukurlah pada ALLAH SWT atas segala nikmat-nikmat NYA. Gunakanlah nikmat-nikmat kesyukuran itu untuk beribadah pada ALLAH SWT.

Kepada Penjawat Awam tanamlah sikap Kesyukuran dan Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. Pertingkatkanlah Ketaqwaan diri kita dan bersikap Jujur dan Amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberi.

Janganlah sekali terlibat dengan perbuatan yang tidak berintegriti. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur dan menyerahkan nasib kita kepada ALLAH SWT.

RASUAH adalah teramat hina dan jijik dari najis. Manusia hanya tahu najis itu kotor, hina dan mengelakkan dari mengambilnya tetapi RASUAH yang lebih hina tidak dirasa demikian. Ini adalah kerana sifat ketaqwaan tidak ada padanya.

ILMU mengajar kita mana yang Baik dan yang Buruk. Tetapi apabila Jati Diri Ketaqwaan tidak ada pada hati kita maka berlakulah perbuatan HINA RASUAH. Amatlah malang sekali apabila ia berlaku kerana ALLAH SWT melaknati RASUAH.

KETAQWAAN kepada ALLAH SWT menjamin kehidupan selepas mati syurga-syurga kenikmatan dan kebahagian yang sebenar. Syurga-Syurga yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk orang-orang yang bertaqwa pada NYA.

Tongak 7 YARM mendidik masyarakat supaya membenci dan memerangi RASUA.

Katakan TIDAK pada RASUAH

TAHU, TEGUR, TOLAK. – Nasihat sesiapa sahaja supaya tidak mengamalkan RASUAH. Tidak kira siapa.

TERLIBAT, TINGGAL, TAUBAT – Kalau pernah Terlibat, Tinggalkan dan Taubat kepada ALLAH SWT

Lakukan dan Berkata-Kata lah perkara yang baik.

1. Zikir kepada ALLAH SWT

2. BERDOA Pada ALLAH SWT.

3. BACA AL-QURAN

4. SAMPAIKAN PERKARA-PERKARA BAIK SESAMA MANUSIA

Jika kamu melihat satu Kemungkaran hentikanlah dengan tangan kamu. Sekiranya tidak mampu dengan tangan lakukan dengan Kata-Kata. Kalau masih tidak mampu, lakukan lah dengam Iman.

Bagilah Sokongan pada SPRM dalam usaha memerangi RASUAH.

Lakukalah sesuatu untuk Mencegah RASUAH. Jadilah masyarakat yang PERIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap Diri Kita, Keluarga Kita, Masyarakat Kita dan Negara Kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *