Mesyuarat JK YARM bil 1/2017

Share Button

11.02.2017

Telah berlansungnya mesyuarat Jawatan Kuasa YARM bil 1/2017.

PERKONGSIAN PENGALAMAN DATO SERI ZAKARIA JAAFAR,
PRESIDEN YARM.
Prinsip-prinsip dalam pekerjaan sebagai pegawai SPRM
SIRI 1

Sebagai pegawai SPRM, kami mendapat ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber; belajar daripada guru, membaca, belajar dari pengalaman senior.

Yang penting adalah kemahuan untuk menambah ilmu yang ada.
Pengetahuan / ilmu yang paling istimewa dan menyeronokkan adalah didapati dari PENGALAMAN SENDIRI. Ianya akan kekal lama dalam ingatan dan mempunyai kesan yang mendalam.

‘FIRST LIGHT ENTER’
Prinsip yang dipelajari semasa di Cawangan Siasatan Ekonomi.

Dalam satu kes, saya diarahkan untuk mengetuai operasi untuk tangkap seorang pegawai kanan sebuah kementerian hasil laporan Ketua Audit Negara yang mendapati terdapat penyelewengan dalam perolehan kerajaan.
Waran tangkap dikeluarkan apabila kami telah berjaya kumpul fakta yang dapat membuktikan kesalahan pegawai terbabit.

Prinsip tersebut tidak dijelaskan kepada saya tetapi saya diminta mengikut arahan seorang pegawai lama. Dia minta saya bersedia di rumah pada jam 4 pagi. Seorang pembantu siasatan datang ke rumah jemput saya dengan menaiki motosikal kapcai.

Semasa operasi berjalan baru saya faham prinsip ini.

Pasukan operasi berada didepan rumah suspek seawal jam 4 pagi bagi membuat intipan bagi mengesahkan suspek berada di rumah.
Apabila lampu pertama dibuka dirumah suspek, pasukan operasi terus bertindak membuat tangkapan.

Prinsip ‘first light enter’ bermaksud
tindakan menangkap suspek yang baru bangun tidor
bagi mewujudkan elemen kejutan.

Suspek yang ditangkap dalam keadaan tidak bersedia, tidak akan sempat untuk memusnahkan atau mengubah apa-apa bukti.
Malah tidak sempat untuk berfikir mencari alasan atau helah bagi menutup kesalahan mereka.

Prinsip-prinsip dalam pekerjaan sebagai pegawai SPRM
SIRI 2

Prinsip 2 – ‘KILL FIRST EXPLAIN LATER’
Ianya bukanlah bermaksud kita perlu membunuh seseorang.

Dalam siasatan kes rasuah yang melibatkan tuntutan palsu atau salah guna kedudukan, dokumen-dokumen penting berisiko untuk dimusnahkan, dihilangkan atau diubah suai. Kalau berlaku, rosaklah kes yang sedang disiasat.

Penyiasat perlu bertindak pantas dan bijak memastikan dokumen itu
berjaya di temui dan disimpan dengan selamat.
Sebarang kelewatan atau kesilapan akan memberi implikasi buruk kepada kes.

Dalam situasi inilah prinsip ‘ kill first explain later’ dilaksanakan.
Penyiasat mesti mendapatkan dokumen penting itu dengan apa cara sekalipun dengan secepat mungkin.
Dokumen itu perlu diperolehi dahulu agar bukti dapat ‘dipelihara’, tidak musnah. Hilang atau diubah suai.

Satu lagi kaedah prinsip ini adalah dengan merampas
sebanyak mungkin dokumen dari premis suspek atau saksi,
sama ada berkaitan atau tidak berkaitan dengan kes.

Tujuannya bagi mengelakkan tiada dokumen penting terlepas pandang atau tidak diambil untuk membantu siasatan. Sesetengah dokumen mungkin kelihatan tidak berkaitan pada peringkat awal, namun apabila siasatan lanjut dijalankan, ia menjadi dokumen penting.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *