Masjid At-Taqwa Johor Baharu

Share Button

MASJID AT-TAQWA JOHOR BARU

SPRM DAN YARM BERSAMA-SAMA BERTEMU MASYARAKAT

Dato Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Negeri Johor menggerakan Kempen Bersama Rakyat di Masjid At-Taqwa, Taman Pulai Utama, Johor. Dato’ Seri Zakaria Jaafar Presiden YARM dijemput memberi Ceramah RASUAH DAN PERANAN KITA.

Masyarakat diminta memberi kepercayaan kepada SPRM menjalankan tugas mencegah Rasuah. Hubungi SPRM sekiranya ada perbuatan Rasuah. SPRM sentiasa bersedia bersama masyarakat untuk membenteras perbuatan Mungkar yang dilaknati ALLAH SWT.

Jemaah diberi pendedahan :
1. Kesalahaan Rasuah
2. Rasuah Bapa Segala Jenayah
3. Rasuah Dilaknati ALLAH SWT
4. RASUAH – SPRM TIADA KOMPROMI
5. TIDAK, TAHU, TEGUR, TOLAK, TERLIBAT, TINGGALKAN, TAUBAT

MEMERANGI RASUAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Antara kandungan ceramah oleh Dato’ Seri Zakaria:-

Asaalamualaikum Para Jemaah Sekelian,

Dato’ Seri memaklumkan kehadiran Dato’ Azmei Pengarah SPRM Johor yang bersama-sama turun ke padang bertemu masyrakat.

Alhamdulillah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih kita untuk menghadiri kan diri ke Masjid At-Taqwa untuk Solat Berjemaah dan Majlis Ilmu. Syukur kepada ALLAH SWT. SEGALA YANG ADA DILANGIT DAN BUMI ADALAH MILIK ALLAH SWT.

ALLAH SWT menunjukkan kebesaran NYA dengan memberi kita peluang melihat yang lebih susah dari kita agar menjadi pengajaran kepada kita akan nikmat kesyukuran yang ALLAH SWT berikan kepada kita.

Duit dan anak tidak menjamin kebahagian. Kejayaan anak-anak yang cemerlang tidak menjamin bahwa anak-anak akan menjaga ibubapanya dimasa tua. Ibu boleh melahirkan berbelas-belas anak-anak tetapi anak tidak akan mampu menjaga seorang ibu atau ayah.

BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH SWT AKAN APA YANG KITA ADA.

Bersyukurlah kerana ALLAH SWT telah memilih kita yang hadir untuk memakmurkan rumah NYA beribadah kepada ALLAH SWT. Sesiapa yang dapat menghadirkan diri ke Rumah ALLAH SWT adalah tergolong dari orang-prabg yang beriman.

APABILA KAMU MELIHAT SESUATU KEMUNGKARAN CEGAHLAH DENGAN TANGAN KAMU. KALAU KAMU TIDAK MAMPU KAMU CEGAH LAH DENGAN PERCAKAPAN. KALAU KAMU TAK MAMPU JUGA CEGAH LAH DENGAN HATI.

Pemberi dan Peneriima Rasuah masuk Neraka. Perbuatan Rasuah tidak kira kecil atau besar akan dilaknati oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya ALLAH SWT mengizinkan makanan bangkai, darah, babi, binatang yang tidak disembelih tetapi tidak berlebihan. Tetapi Rasuah tidak dibenarkan sama sekali. Neraka Jahanam tempatnya.

Kenapa kita tidak mampu menorak Rasuah?

Pernah kita tanya dari mana anak-anak kita mendapat kekayaan. Adakah kita mengizinkan perbuatan anak-anak kita melakukan perbuatan Mungkar Rasuah ini dengan tidak bertanya dari mana hasil yang mereka bawa pulang itu.

Katakanlah TIDAK kepada RASUAH. Jangan sekali-kali menghampiri Raduah walaipun sedikit.

Tengok dan Tahu adanya Rasuah maka Tegur. Jangan biarkan Rasuah menjadi raja kepada kehidupan kita. RASUAH itu adalah Bapa Kepada Segala Jenayah.

Terlibat segera Tingalkan dan Taubat kepada ALLAH SWT. Mohon Keampunan kepada ALLAH SWT.

Tahun 2008 hingga 2014 jumlah tangkapan Pemberi Rasuah adalah yang paling tinggi.

898 tangkapan Raduah dibuat pada tahun 2015. Jumlah tangkapan SPRM yang paling tinggi.

Jauhi 4 Jenis Kesalahan Rasuah ini :

Mana orang-orang Menerima atau Meminta apa-apa suapan untuk Melakukan atau Tidak Melakukan apa-apa perbuatan atau tidak melakukan perbuatan.

Mana orang-orang Memberi apa-apa suapan untuk Melakulan atau Tidak Melakukan apa-apa perbuatan

Mengemukakan dokumen palsu/tidak lengkap untuk membuat tuntutan palsu

Mana-mana Pegawai Awam yang menggunakan Kedudukan atau Jawatan untuk kepentingan peribadi.

Hukuman :

5 kali Nilai Suapan atau RM10,000 mana-mana yang kebih tinggi DAN Penjara Maksimum 20 tahun.

Kalau kita tak mampu mencegah Rasuah dengan Hati, jadilah Ahli YARM. Bersama-samalah kita memerangi Rasuah.

BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT DAN MINTALAH PADA ALLAH SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *