Memahami Dasar Ekonomi Negara-Jabatan Pembangunan Kemahiran

Share Button

DATO’ LOKMAN NOOR ADAM, PENGARAH KOMUNIKASI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

75% auta dan 25% fakta berita viral. Banyak berita yang diubah dan diputar belitkan untuk mendapat perhatian.

Banyak program kerajaan disabotaj dan diputar belitkan bagi tujuan memberi anggapan negatif dan tidak baik kepada kerajaan.

Usaha dan niat baik kerajaan untuk bantu rakyat mendapat tentangan di sebabkan oleh berita-berita palsu dan fitnah yang di vairalkan melalui media sosial.

Berita kejayaan kerajaan berjimat melalui potongan subsisdi dan wang tersebut digunakan untuk bina hospital, sekolah dan banyak lagi kemudahan-kemudahan untuk rakyat tidak diviralkan.

Pendidikan kepada masyarakat atas potongan subsidi digagalkan oleh mereka-mereka yang benci kerajaan. Kerajaan perlu membuat keputusan yang betul untuk kemajuan dan kemakmuran negara. Potongan subsidi bukanlah satu keputusan yang POPULAR kerana sokongan masyarakat akan menurun. Tetapi kerajaan tidak sanggup hanya hidup atas populariti sedangkan rakyat sengsara. Rakyat yang sengsara adalah dari golongan miskin sedangkan yang kaya tidak merasai apa-apa.

Zaman Tun Mahathir, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib adalah 3 zaman yang berbeza. Kehidupan masyarakat, cabaran dan tanggungan pada ke tiga-tiga zaman itu adalah berbeza. PM harus berfikir dan pijak dibumi nyata dalam membuat keputusan. Dan keputusan yang dibuat adalah untuk kesejahteraan rakyat. BRIM diberi adalah untuk membantu rakyat miskin dan ia diperolehi dari pemotongan subsidi. Subsidi yang diberi kepada minyak dan barang-barang keperluan bukan dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi juga di ratah-ratah oleh rakyat negara luar seperti Singapura dan Thailand yang membeli semua barang keperluan dalam jumlah yang banyak.

Kerajaan tidak pernah menganiyai rakyat tetapi usaha kerajaan membantu rakyat sering disalah tafsirkan, diputar belitkan oleh mereka-meraka yang ingin melihat kerajaan dan negara kita hancur.

DATO SERI ZAKARIA JAAFAR, PRESIDEN YARM

Saudara-saudari sekelian ingatlah bahawa segala perbuatan kita walau sebesar zarah sekali pun akan dipertanggungjawabkan di Mahkamah ALLAH SWT. Tidak seorang pun yang akan daoat lari dari kenyataan ini.

Ingatlah perjanjian kita semasa menerima tanggungjawab dalam surat Perlantikan danTerima Kerja.

1. PERLANTIKAN
BERKHIDMAT DENGAN PENUH DEDIKASI. AMANAH DAN MENJALANKAN TUGAS DENGAN INTEGRITI

2. SENARAI TUGAS
DI DALAM SENARAI TUGAS TERCATIT TUGAS-TUGAS YANG KITA KENA BUAT DAN JANGAN BUAT YANG TIDAK BOLEH KITA BUAT

3. KEPAKARAN YANG DIMILIKI
TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS DIBERIKAN ADALAH BERDASARKAN ILMU KEPAKARAN YANG KITA MILIKI.

4. ILMU
MENJADI TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MENYEDIAKAN KELENGKAPAN DAN ILMU UNTUK KITA JALANKAN TUGAS KITA

5. KEIKHLASAN/KEJUJURAN
MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB TANPA PERLU DI PANTAU OLEH KETUA KERANA KITA TAHU ALLAH SWT SENTIASA MEMERHATI KITA DAN KITA TAKUT AKAN HUKUMAN ALLAH SWT.

Saudara-Saudari, L
Lihat lah INTEGRITI dengan MATA HATI kita. Sedarlah segala perbuatan kita adalah dalam pengetahuan ALLAH SWT. Kita akan berdepan dengan ALLAH SWT untuk menjawab segala perbuatan-perbuatan kita yang bertentangan dengan KPI atau TANGGUNG JAWAB yang telah kita persetujui.

Tidak ada sesiapa pun yang memaksa kita untuk menerima Surat Perlantikan dan Syarat-Syarat yang telah ditetapkan. Jalankanlah tugas dengan amanah dan telus. Janganlah kita menjadi duri dalam daging, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan atau enau didalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing. Kamu tidak akan terlepas dari perbuatan Mungkar yang kamu kerjakan.

Hentikanlah perbuatan mengaibkan sesama kita. Menfitnah sesama kita. Tuduh menuduh sesama kita.
Berilah peluang kepada yang memerintah. Janganlah kita jadi sipenyebab kehancuran sebuah negara yang aman merdeka. Hargailah keamanan Negara yang diperjuangkan oleh datuk nenek dan pahlawan-pahlawan yang tumbang bermandi darah mempertahankan Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara kita.

YAKINILAH BAHAWA ALLAH SWT MAHA PENGUASA DAN LAGI MAHA BIJAKSANA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *