BENGKEL PENCERAMAH YARM

Share Button

BENGKEL PENCERAMAH YARM

Tarikh: 23 April 2017, Ahad.

Masa: 9 Pagi sehingga 5 Petang.

Lokasi: Akademi Pencegahan Rasuah (MACA), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

ATURCARA:

9.00 Pagi: Sarapan, Taklimat program, Taaruf Ringkas dan Pengisian Borang ‘Expectation’.

9.30 Pagi: Ucaptama oleh Presiden YARM.

10.15 Pagi: Bengkel 5 Modul serentak.

12 Tengahari: Sesi Memperkaya Kompetensi Penceramah..

1.00 Petang: Jamuan Makan Tengahari dan Solat Zohor.

2 Petang: Persembahan Modul 1.

2.30 Petang: Persembahan Modul 2.

3 Petang: Persembahan Modul 3.

3.30 Petang: Persembahan Modul 4.

4.00 Petang: Persembahan Modul 5.

4.30 Malam: Rumusan dan penilaian peserta.

5.00 Petang: Minum petang dan Solat Asar – Bersurai

USAHA YANG TANPA JEMU DAN BOSAN BAGI TUAN JAIS TIMBALAN PRRESIDEN YARM UNTUK MEMPERBANYAKAN PENCERAMAH-PENCERAMAH YARM.

HANYA MELALUI PENDIDIKAN SAHAJA YANG DAPAT MEMBENTERAS RASUAH. PENECEGAHAN ITU SUDAH TERLAMBAT KERANA IA SUDAH MENJADI PENYAKIT YANG SUKAR DIATASI. HUKUMAN SERTA AIB BUKAN LAH MERUPAKAN PENCEGAHAN TETAPI DENDA KERANA INGKAR.

BERSAMA-SAMA KITA KEARAH MENDIDIK MASYARAKAT MEMBENCI RASUAH.

KESUNGGUHAN penganjuran bengkel oleh Tuan Jais Abdul Karim, Timbalan Presiden YARM, berlandaskan kata nasihat Presiden YARM, Dato’ Seri Zakariah Jaafar iaitu BUAT APA YANG BOLEH KITA BUAT. GUNA KEPAKARAN YANG KITA ADA.

Semuga usaha Tn Jais untuk menghasilkan barisan Penceramah YARM yang berkelibar akan menjadi kenyataan .

DI MANA ADA USAHA, DI MANA ADA KESUNGGUHAN DI SITU ADA KEJAYAAN

APA ITU PENCERAMAH?

Seseorang yang boleh membolak balikan suasana, keadaan, semangat dan kesedaran mengikut topik, objektif dan tempat ceramah diadakan.

Pemilihan kata dan pengetahuan topik merupakan antara faktor yang tersangat penting. Contoh-contoh yang digunakan haruslah berlandaskan kepada fakta bukan kepada pendengaran kata orang. Banyak membaca dan bergaul dengan orang ramai adalah teramat penting.

Ambil mudah seperti tidak menghormati masa waktu berceramah dan datang lewat adalah amat memalukan dan merupakan perlakuan yang buruk oleh seorang penceramah untuk dimiliki.

Keutamaan harus diutamakan dan tidak harus dikompromi walau apa pun keadaan. Seperti jangan tinggalkan Solat hanya untuk kegairahan berceramah dan mendapat pulangan sampul surat yang diharapkan.

Penceramah harus mempunyai pengetahuan agama walau hanya asas kerana ilmu agama sentiasa menunjukkan jalan yang betul. Pendengar sentiasa menanti pengetahuan dan ilmu yang baru dan yang menimbulkan kesedaran.

Persembahan penceramah akan memberi dan menimbulkan inspirasi pendengar untuk bertindak melakukan perubahan diri.

Nilai dan akhlak tidak boleh dibeli.

Orang hormat-hormat institutsi sebab orang-orang yang terdahilu semasa penubuhan institutisi kerana objketif, matalamat dan perjuangan yang telus dan ikhlas.

Penceramah harus memahami sejarah dan asal-usul perjuangan. Zaman dahulu dan sekarang sungguh berlainan walaupn institusi itu adalah sama. Fahami Semangat Dahulu dan Semangat Sekarang. Kehendak Dahulu dan Kehendak Sekarang. Pengunaan kata-kata yang sesuai sangat berkesan.

Jangan jadi Penceramah macam Ketetapi Tanah Melayu laju sahaja tanpa memikirkan hati pendengar.

Peristiwa yang Penceramah berikan hanya berpandu pada buku atau tulisan dan pendengran kata orang.
Halusi suasana dan keadaan ceramah untuk.menarik minat pendengar. Jangan jadi pring hitam yang rosak yang berulang-ulang cerita yang lapuk.

Jangan jadi Anjing Yang Menyalak Bukit terjerit-jerit Syok Sendiri. Makan dedak sana….makan dedak sini…..semua makan dedak…gaji bulanan penjawat awam juga dikata dedak……

Jangan melampaui batasan Ilmu Berceramah yang kita ada

SAYANG TANAH AIR
SAYANG ORGANISASI
TAAT SETIA
DISIPLIN TINGGI
HORMAT YANG LEBIH SENIOR

BELAJAR TIADA PENHUJUNGNYA. HANYA MATI PENAMATNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *