FIKRAH – BELANJA KOPI

Share Button

FIKRAH – BELANJA KOPI

STUDIO JAKIM PROGRAM BUAL BICARA INTEGRITI “BELANJA KOPI”
Moderater : Dr Iszham Fadil
Speaker 1 Prof. Dato Dr Mohd Yusof Othman
Speaker 2 : Dato’ Sri Zakaria Jaafar

Bila disalah gunakan bahasa ini ia membawa makna RASUAH.

Belanja kopi yang mempunyai agenda-agenda yang tidak baik iaitu HARAM maka ia adalah salah dan dilaknati ALLAH SWT.

BELANJA KOPI ada kaitan dengan agenda jahat menyebabkan masyarakat dan negara menjadi kucar-kacir dan dipenuhi dengan perasaan benci dan saling iri hati. Kuasa apabila disalah gunakan akan membawa kehancuran kepada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Mengikut sejarah banyak negara yang jatuh dan hancur adalah kerana Rasuah. Salah guna kuasa, tamak, pentingkan diri sendiri dan mengejar kekayaan secara jahat dan tidak betul mengundang kehancuran. Perbuatan keji ini sehingga menjadi seolah-olah satu kemestian dan satu budaya dalam masyarakat.

Pemberi dan Penerima kedua-dua masuk neraka. Dan undang-undang negara juga menghukum pengamal Rasuah.

Perangkaan tahun 2013 – 2015 menunjukkan 55% tangkapan adalah dibawah umur 40 tahun kebawah. Ini sangat membimbangkan kerana mereka-mereka inilah bakal pemimpin negara. Bayangkan dalam usia yang muda Rasuah sudah menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Apakah akan jadi pada Negara Kita?

Rasuah mesti dicegah sebelum ia berlaku.

Apakah Islam itu hanya mengaji Al-Quran dan sembahyamg 5 waktu?

Bagaiamana dengan Islam dalam kehidupan sehari-harian?

Rasa tanggungjawab patut dipupuk dari kecil lagi. Hidup dalam satu suasana kekeluargaan patut diutamakan.

Di Masjid dan Surau kenapa isu Rasuah tidak diutamakan? Masjid dan Surau juga terdedah kepada perbuatan Rasuah.

Bukankah Rasuah itu dilaknati ALLAH SWT dan neraka jahanam tempatnya. Rasuah adalah masalah besar. Rasuah harus dicegah dari peringkat anak-anak masih kecil lagi dan bukan sudah sewasa baru diberi kesedaran. Tidak kira pangkat, keturunan atau kekayaan, pembenterasan harus berlaku dari semua peringkat.

Jika kita kaji dengan mendalam semua jenayah bermula dari Rasuah.

Bagaimana kita hendak membawa kesedaran bahawa Solat tu membenci Rasuah?

Masyarakat harus sedar bahawa pegangan pada agama merupakan pengajaran dan pendidikan yang paling berkesan untuk membenteras Rasuah. Agama adalah teras kepada melahirkan individu yang berakhlak mulia dan benci Rasuah. Rasuah itu bukan budaya tetapi satu malapetaka kepada kita sebagai individu, keluarga, masyarkat dan negara. Kita semua bertanggungjawab memerangi Rasuah tidak kira bangsa, agama atau kedudukan kita.

Kita harus membudayakan bahawa Rasuah itu Satu Malapetaka dan ada dalam hati semua masyarkat Malaysia. NO TO CORRUPTION. TIDAK KEPADA RASUAH.

Lakukan perubahan dalam diri setiap individu melihat Rasuah Itu Satu Perkara Yang Jijik Dan Haram. KEBENCIAN TERHADAP RASUAH YANG HARUS DI SEMAT DALAM HATI DAN DITOLAK SEKERAS-KERASNYA

Sesuatu keiginan itu harus diusahakan dengan cara yang betul.

Dinegara Malaysia Islam ada dimana-mana. Sekolah Agama, Kolej dan Universiti Islam, Bank Kewangan Islam, makanan Halal Hub dan banyak lagi, tetapi Rasuah tetap ada. Kenapa?

Tanya pada diri kita sendiri apa peranan kita mencegah Rasuah?

Jangan hanya banyak berkata menghentam kerajaan dan SPRM, bertindak lah walau sebesar zarah sekali pun. Usaha pencegahan Rasuah jangan kita abaikan.

Mainkan peranan untuk menghapuskan Rasuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *