KENYATAAN MEDIA PRESIDEN YARM SEMPENA HARI PEKERJA

Share Button

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN YARM SEMPENA HARI PEKERJA

“BERBANGGALAH DIRI KITA SEBAGAI SEORANG PEKERJA”

SALAM SEJAHTERA

Kepada semua Warga Kerja YARM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja. Berjiwa besarlah dan berasa bersyukurlah atas nikmat pekerjaaan yang telah diberikan oleh Yang Maha Esa kepada kita.

Setiap usaha, titik peluh yang kita curahkan biarlah dijalan yang betul. Janganlah kita persia-siakan Amanat, Kepercayaan dan Tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Setiap pekerjaan biar dimana tahap atau peringkat kita berada semuanya adalah penting dan saling memerlukan. Setiap perbuatan yang salah janganlah sekali-kali kita lakukan kerana akibat nya adalah tersangat besar dan bukan hanya pada diri kita tetapi kepada keluarga bangsa dan negara yang turut tercalar dan tecemar diatas perbuatan kita itu.

Carilah rezeki dengan jalan yang betul dan peliharalah kesopanan dan harga diri kita dari dicemari oleh perbuatan yang salah. Jauhilah perkara-perkara buruk seperti menipu, mencuri, menerima rasuah atau pun bersikap kurang ajar semasa melayani pelanggan.

Tanamkan sifat kasih sayang pada keluarga dalam pekerjaan kerana dengan kasih sayang ini lah yang akan menjadi perangsang dan menyedarkan kita betapa pentingnya sikap JUJUR, AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB dalam menjalankan tugas kita.

Jauhilah dari perbuatan Rasuah kerana Rasuah adalah bapa segala jenayah dan menghancurkan kita, keluarga, bangsa dan negara.

Hidup Tanpa Rasuah, Hidup Yang Berjaya.

SELAMAT NENYAMBUT HARI BURUH

Dato’ Sri Zakaria Jaffar
Presiden Yayasan Anti Rasuuah Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *