KULIAH SUBUH BERSAMA DATO’ SRI ZAKARIA JAAFAR, PRESIDEN YARM, SURAU HAKIMI KAMPONG TENGAH AMPANG.

Share Button

KULIAH SUBUH BERSAMA DATO’ SRI ZAKARIA JAAFAR, PRESIDEN YARM, SURAU HAKIMI KAMPONG TENGAH AMPANG.

Mukmin  Sebenar mendapat 3 Rahmat dari ALLAH SWT :
1. Diangkat Mertabat
2. Mendapat Keampunan
3. Rezeki Yang  Mulia

KENAPA KITA PERLU MELIHAT MELALUI MATA HATI KITA?

Mata Hati dapat melihat jauh akan diri kita dan dimana tempat kita disisi ALLAH SWT.

Mata Hati memberi kita Kesedaran
Mata Hati memberi kita Keinsafan
Mata Hati memberi kita Kesyukuran
Mata Hati Kita membuat kita Gementar apabila menyebut nama ALLAH SWT

Apabila kita dilahirkan kita di azan dan dikamat ditelinga kita. ALLAH SWT diperkenalkan kepada kita. KEBESARANNYA. KEESAAN NYA. KALIMAH SYAHADAH. SOLATNYA.

Segala tindak tanduk dan perbuatan kita diketahui ALLAH SWT.

Kita adalah milik ALLAH SWT. Dunia hanya tempat sementara.

Jangan kita lihat perkara dengan mata fizikal kerana mata fizikal akan membawa kita kepada perkara-perkara Mungkar seperti menyindir orang yang tidak pergi Solat ke Masjid atau Surau. Mengkagumi Kekayaan orang lain dan memandang Hina orang Miskin. Rasuah menjadi amalan kita.

Buka lah pintu Hati untuk mendengar peringatan-peringatan ayat-ayat ALLAH SWT.

NILAI MENGINGAT ALLAH SWT : BERDOA

1. Sebelum Membuat Sesuatu Perkara – Adalah Orang Yang Paling Beruntung

2. Semasa Melakukan Sesuatu Perkara – Orang Yang Pulang Modal sahaja

3. Selepas Melakukan Sesuatu Perkara – Orang Yang Tidak Rugi dan Tidak Untung

4. Orang Yang Tidak Ingat Langsung – Rugi Selama-lamanya

SOLAT ADALAH FARDU AIN – WAJIB SOLAT 5 WAKTU TIAP-TIAP HARI. TAK BOLEH TIDAK. TAK BOLEH DITINGGALKAN.

Dengan mengingati ALLAH SWT kita akan berasa Insaf, Taubat, Syukur, Tawaqal dan sentiasa Takut untuk Melakukan Perbuatan Mungkar.

Rasuah Kita Akan Benci Dan Rezeki Yang Halal akan kita Cari.

Carilah Rezeki ALLAH SWT dengan Beriman dan Ibadah Pada NYA,  Berdoa Pada NYA, Tawaqal Kepada NYA.

JAUHILAH RASUAH
BENCILAH RASUAH
JANGAN JADIKAN RASUAH SUMBER HIDUP

PILIHAN KITA SENDIRI – NERAKA ATAU SYURGA

Rafee Aris – NP II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *