HARI INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2017

Share Button

HARI INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2017

Dato’ Sri Zakaria Jaafar, Presiden YARM

Kenapa Penjawat Awam ambil Rasuah?
Adakah kerana gaji Penjawat Awam kecil?

TIDAK…..
Bukan kerana gaji kecil tetapi kerana Pengambil Rasuah telah Jauh Dari Agama.

Bukan hanya penjawat awam sesiapa sahaja Pengamal Rasuah telah Jauh dari ALLAH SWT.

Ramai yang ditangkap kerana Rasuah adalah Berjawatan Tinggi dan bertaraf Menteri. Yang berkelulusan Tinggi. Yang bergaji Besar.

KENAPA?

Kerana mereka mempersendakan ALLAH SWT. Ambil dulu lepas tu Taubat dan Mohon Ampun pada ALLAH SWT.

BAGAIMANA NAK MENOLAK RASUAH?

Yakini bahawa ALLAH SWT sentiasa memerhati kita. Dan seksaan mengambil Rasuah teramat dahsyat.

Bangkai, binatang tidak disembelih atau khinzir dibolehkan makan sekadar memerlukan sekiranya Darurat. Tetapi tidak sama sekali pada Rasuah. Neraka Jahanam tempatnya. Begitu Hina dan Keji nya Rasuah.

Sifat bagaimana yang harus dimilki untuk melawan Rasuah?

Amalan DS Zakaria ada 3 :
1. Setiap bulan 10% dari gaji diberi pada ibubapa.
2. Sebelum berbelanja seluk kocek seluar dan lihat berapa kita ada. Kalau tidak ada wang dan harus lapar, maka berpuasalah. Kerana itu lebih baik buat kita.
3. Bersyukur dan sentiasa bersyukur pada ALLAH SWT

1. Orang Yang Beruntung –
Orang Yang Mengingati ALLAH SWT Sebelum Memulakan Sesuatu . Sebelum memulakan hari, bangunlah diawal pagi Solat Sunat Tahajjud, Taubat, Hajat dan lain-lain. Berdoalah pada ALLAH SWT minta Rahmat dari nya.

2. Orang Yang Separuh Untung
Orang yang mengingati ALLAH SWT selepas memulakan pekerjaan atau perbuatan.

3. Orang Yang Tidak Untung dan Tidak Rugi
Orang yang mengingati ALLAH SWT selepas melakukan pekerjaan. Balik modal aje.

4. Orang Yang Rugi Muflis
Orang yang langsung tidak mengingati ALLAH SWT

DIMANAKAH KITA?

Lihat lah Diri Kita Sendiri dan Jangan Lihat Orang Lain. Gunakan Mata Hati untuk mencari dan mengenali diri kita sendiri. Mata Fisikal sentiasa mencari kesalahan orang lain.

INTEGRITI ITU TAQWA

Pekerjaan yang kita ada kita yang minta dan bukan diberi. Beryukurlah pada ALLAH SWT dan jalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Kerana segala perbuatan kita itu akan ditanya dikemudian hari.

Rasuah akan menghancurkan diri kita, keluarga kita dan negara kita.

Ikan Kecil Itu Lebih Bahaya Dari Ikan Besar.

Si Pemandu Bas Sekolah yang mendapat Lesen Memandu melalui Rasuah adalah lebih bahaya kerana nyawa 40 orang kanak-kanak ditangan nya. Bayangkan nasib anak-anak kita ditangan mereka ini.

KATAKAN “TIDAK” PADA RASUAH

Rafee Aris – NP II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *