Radio Hijau-MAN ANA PERJUANGAN MENENTANG RASUAH

Share Button

DATO” SRI ZAKARIA JAAFAR, PRESIDEN YARM
RADIO HIJAU
“MAN ANA PERJUANGAN MENENTANG RASUAH”

PROGRAM 1.

S1. Pandangan DS terhadap menggunakan wang Rasuah bagi menjalankan atau melangsungkan perkahwinan untuk diri sendiri atau anak-anak, mengerjakan Umrah.

Jawapan S1.

Rasuah tetap haram disisi agama dan jenayah disisi undang2 tak kira digunakan utk apa tujuan sekalipun.

S2. Rasuah diamalkan kerana kita nak naik kan status kehidupan kita atau ‘Life Style’ dan bukan nya disebabkan Kos sara hidup yang sudah meningkat. Sebab kita boleh katakan TIDAK kalau kita tidak mampu tetapi masih kata BOLEH sebab nak jugak.

Jawapan S2

Rasuah sabenarnya utk memenuhi nafsu jahat. Hati boleh memilih samada hendak melakukan ataupun tidak melakukannya. Hati yg berpandukan kepada iman yg benar akan mengatakan tidak kepada rasuah walau apa sebab sekalipun.

PROGRAM 2

S1 . DS bagaimana nak menyekat NAFSU kita dari melakukan RASUAH. Dorongan dan kehendak terlalu kuat.

Jawapan S1

Pendinding bagi nafsu ialah keimanan. Keimanan datang dari keyakinan. Keyakinan datang dari ilmu. Oleh itu utk menyekat nafsu ialah dengan cara kita sentiasa mendalami ilmu agama dan beramal dengannya. Umpama kita yakin hidup diakhirat itu kekal abadi dan tempat pembalasan bagi segala amalan kita semasa didunia maka kita akan beramal utk bekalan akhirat dan tidak tertipu dengan dunia yg sekejap ini.

S2. Adakah perlakuan RASUAH disebabkan kita tidak beriman dan mempercayai ALLAH SWT.

Jawapan S2

Bukan sahaja perbuatan rasuah bahkan segala perbuatan kita menggambarkan keimanan kita sabenarnya kepada Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *