Radio Hijau 21hb Feb 2018

Share Button

Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia
Radio Hijau untuk 21feb 2018.

PROGRAM 1

S1. Bagaimana kita nak menolak “WAHYU” yang datang memberi arahan untuk melakukan perbuatan Rasuah dari Ketua kita?

Jawapan S1.

1. Kita menjadikan diri kita mahir dan pakarujuk dlm bidang tugas yg kita laksanakan.

2. Beri nasihat secara hikmah mengenai undang2 dan peraturan berkaitan perkara yg diarahkan

3. Jika tiada pilihan lain tulis dengan jelas atas dokumen yg boleh ketua menulis balik arahan sabenar yg dimaksudkan.

4. Jangan sekali2 melakukan perbuatan yg bertentangan dengan peraturan dan undang2.

5. Percayalah ketua boleh memberi alasan bahwa beliau mengarah kita berbuat sesuatu bukan menyuruh kita membuat sesuatu yang salah.

S2. Apakah Kekuatan diri yang ada pada diri kita yang boleh menjadi Kekuatan untuk kita berani menolak suruhan pemberi WAHYU?

Jawapan S2.

1. Keyakinan kita kepada kebenaran memberi kekuatan kpd kita utk menolak perkara yg salah.

2. Keyakinan bahawa melakukan perbuatan yg salah lambat laun terdedah juga dan akibatnya buruk. Bangkai lama2 terbau busuknya.

3. Kemahiran, kepakaran dan profesionalisme dlm bidang tugas boleh meningkatkan keyakinan diri kita.

4. Jadilah orang yg bertaqwa. Allah melihat segala perbuatan kita.

5. Segala perbuatan kita akan dicatat , dihitung dan dibalas seadil-adilnya.

PROGRAM 2

1. Apakah kesalahan-kesalahan kecil dibawah Akta SPRM yang dilakukan di pejabat dan apakah hukuman-hukumamya?

Jawapan S1

1. Dibawah Akta SPRM 2009 terdapat banyak kesalahan selain dari kesalahan utama. Antaranya tidak mematuhi perintah, notis atau arahan Pegawai SPRM yg berkuasa.

2. Kesalahan tidak melapor perbuatan rasuah yang diketahuinya.

3. Kesalahan menghalang Pegawai SPRM untuk melaksanakan tugasnya.

2. Pilih kasih atau ingin menjadi kesayangan Ketua sering menjadikan kita melakukan kesalahan-kesalahan yang dirasakan terlalu kecil untuk
dijatuhkan atas Kesalahan Rasuah.

Jawapan S2.

1. Perkataan ‘ pilih kasih ‘ mengikut undang2 pencegahan rasuah dinegara kita adalah sinonim dengan perkataan ‘ salahguna kuasa’ mengikut fahaman masyarakat umum.

2. Namun mengikut undang2 sabenarnya ia menjadi kesalahan rasuah apabila mana2 Pegawai Badan Awam menggunakan kedudukan atau jawatannya untuk kepentingan pribadinya, saudaranya atau sekutunya mengikut yg ditafsirkan dibawa Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

3. Apabila seseorang Pegawai Badan Awam melakukan kesalahan tersebut ianya bukan lagi kesalahan kecil kerana ianya boleh dihukum dengan denda 5 kali ganda nilai suapan atau rm10,000/- mengikut mana yg lebih tinggi dan penjara maksima 20 tahun.

Rafee Aris – NPII

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *