Diskusi Perdana-Rasuah Tangisan Sebuah Keluarga

Share Button

RASUAH……..TANGISAN SEBUAH KELUARGA

 

Panel :
1. Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden YARM
2. Dato’ Moh Samsudin Yusof, Pengarah SPRM Kelantan

Moderater :
Dato’ Ismail Noor, Mantan Pegawai Kanan JAKIM

Apabila tangkapan dibuat semua ahli keluarga jauh dan dekat semua menaggung aib yang tidak dapat digambarkan pedihnya.

1. Punca Rasuah dari mana?

Ekonomi bukan penyebabnya tetapi KUASA.

KUASA MEWUJUDKAN RUANG DAN PELUANG BERLAKUNYA RASUAH.

Apabila individu mengambil Ruang dan Peluang KUASA yang diberi untuk mengambil RASUAH.

Maka kerana itu kita melihat masyaraka dari pelbagai bangsa, agama, pangkat dan kedudukan terlibat dengan RASUAH. Berhati-hati lah dengan KUASA yang diberi.

Jangan salah gunakan KUASA yang diber…..

2. Apakah Pengalaman Tangkapan Yang Menyayatkan Hati

SPRM tidak memihak dengan mana-mana pihak dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Rasuah perlu ditentang dari mana-mana arah, kedudukan dan tali persaudaran. Rasuah itu adalah perbuatan yang Keji.

Sokongan dari masyarakat sangat penting bagi SPRM.
SPRM tidak mahu sekali-kali dilabel sebagai memihak kepada satu-satu kumpulan, parti politik atau kerajaan yang memerintah.

SPRM mengamalkan sikap kerjasama dan pintu terbuka kepada semua dan menjadikan budaya ini sebagai budaya pentadbiran SPRM.

Semua pegawai SPRM diingatkan supaya menjalankan tugas dengan Telus dan Bertanggungjawab.

Pegawai SPRM tidak terlepas dari musibah semasa dalam menjalankan tugas. Satu kes dimana 3 Pegawai SPRM telah ditembak oleh suspek semasa proses tangkapan dijalankan.

Yang paling menyayatkan hati ialah apabila masyarakat tidak Sokong dan Percaya kepada SPRM…

3. Soalan Terbuka
Apakah duit yang diberi kepada individu untuk balik mengundi itu Rasuah?

Persoalannya kenapa kita perlu dibayar untuk balik mengundi. Kenapa kita tidak SEDAR bahawa mengundi itu tanggungjawab kita pada Keluarga dan Negara.

Jawpannya ialah :

Ada Pemberi – Ada
Ada Penerima – Ada
Apa tujuan Nya – Ada bukti yang Si Penerima Melakukan atau Tidak Melakukan perbuatan yang berpihak kepada Pemberi. PERLU DI BUKTIKAN
Ada Bukti – Si Penerima Melakukan atau Tidak Melakukan perkara yang diminta oleh Pemberi.

Kalau betul ada Bukti dan Saksi Lapurkan kepada SPRM. Jangan berdiam diri atau menunding jari.
SPRM akan menjalankan siasatan dengann Telus tanpa mengira parti politik mana-mana sekali pun.

Pemberi, Penerima dan Orang Tengah yang mengamalkan Rasuah di laknati ALLAH SWT. Neraka Jahanam Tempat Nya. Yakinilah bahawa mereka ini tidak terlepas dari hukumannya…

Apabila Tuhan nak menghukum kita, bukan hanya di akhirat tetapi di dunia juga akan di tunjukan…..

JANGAN TERLIBAT DENGAN RASUAH….
JANGAN TERLELAP MATA MELAKUKAN KEMUNGKARAN INI…..
JANGAN BESARKAN KELUARGA DENGAN DUIT RASUAH…..
JANGAN BAGI DUIT RASUAH KEPADA IBUBAPA….

Budaya kita yang tidak mengambil Tanggungjawab harus dihapuskan.

Semua kita Mengalami Kesusahan dan Keperitan Hidup. Jawapanya adalah kembali kepada ALLAH SWT dan Al-Quran.

Rafee Aris – NP II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *