Ceramah Israk & Mikraj Masjid Al-Bakri

Share Button

Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden YARM

Saling mengingati diantara kita akan Kebesara ALLAH SWT dan Rahmat NYA. Semuga ia akan menjadi amalan dan Pertolongan kita di Akhirat nanti.

ANTARA PENGAJARAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

1. Al -Quran Membersih Hati Kita
2. Perjalanan/Kepentingan Masa Kepada Kita
3. Solat

1. AL-QURAN MEMBERSIH HATI KITA
Al-Quran membersihkan hati manusia dari Syirik dan Maksiat. Bagaiman kita nak bersihkan hati yang kotor?
Hati yang kotor tidak akan mahu menerima kebenaran dan perintah ALLAH SWT.

BERSIHKANLAH HATI DENGAN AL-QURAN. BIASAKANLAH DIRI KITA DENGAN AL-QURAN. BELAJARLAH MEMBACA AL-QURAN.
BERAMALLAH DENGAN AL-QURAN

DENGAN AL-QURAN AKAN DATANG KETENANGAN

HATI AKAN BERSIH DENGAN AL-QURAN DAN KITA TIDAK AKAN MAHU MELAKUKAN PERBUATAN MUNGKAR WALAU DALAM KEADAAN TERANG ATAU TERSEMBUNYI KERANA KITA YAKIN KERANA AL-QURAN ADALAH PERINTAH DARI ALLAH SWT.

JANGAN SEKALI-KALI MENGHAMPIRI RASUAH KERANA TIDAK KIRA DALAM KEADAAN TERSEMBUNYI MACAM MANA SEKALIPUN ALLAH SWT TETAP ADA DAN MALAIKAT AKAN MENCATITKAN PERBUATAN MUNGKAR YANG KITA LAKUKAN

2. PERJALANAN/KEPENTINGAN MASA KEPADA KITA
Masa yang diberi oleh ALLAH SWT kepada semua hamba-hamba NYA adalah sama tetapi NILAI berbeza antara kita. Terpulang kepada setiap indivdu untuk menafaatkan masa itu.
Beriman dan Beramal Soleh dan Berpesan-Pesan Dengan Kebenaran dan Kesabaran sesama kita dijdaikan amalan setiap hari dalam melayari perjalanam hidup kita.
Orang yang melakukan Iman dan Amal Soleh Tidak Akan Hidup Dalam Kerugian. Masa yang dibelanjakan kejalan ALLAH SWT akan sentiasa mendapat Rahmat dari ALLAH SWT walau sepotong ayat sekalipun.
Gunakanlah Rahmat Masa pemberian ALLLAH SWT dengan sebaik-baiknya.

3. SOLAT
PERINTAH SOLAT YANG DITERIMA OLEH NABI MUHAMMAD SAW DARI ALLAH SWT DALAM PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

SOLAT itu WAJIB dilakukan walauapa pun keadaan
Mintalah pertolongan ALLAH SWT dalam melakukan apa-pa jua pun dengan SABAR dan SOLAT.

SOLAT MENCEGAH DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR.

Semua perkara-perkara diatas adalah mudah tetapi sungguh mencabar untuk diamalkan. Lakukanlah dengan Kesabaran dan Iman.

PERBAIKI DIRI DENGAN AL-QURAN, AMAL DAN SOLAT.

Rafee Aris – NPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *