RADIO HIJAU PROGRAM MAN ANA PERJUANGAN MENENTANG RASUAH-KESALAHAN PILIHANRAYA

Share Button
RADIO HIJAU

PROGRAM MAN ANA PERJUANGAN MENENTANG RASUAH

Program 1

1. Apa itu Kesalahan RASUAH dalam Pilihanraya?

JAWAPAN S1

Kesalahan rasuah dlm pilihanraya terdapat dibawah dua undang2.

(i) Kesalahan khusus dibawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 iaitu menyamar,menjamu, pengaruh tidak wajar dan sogokan.

(ii) Kesalahan rasuah dibawah sek 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

2. Bagaimana Kesalahan Rasuah boleh berlaku?

JAWAPAN S2.

Kesalahan rasuah berlaku apabila mana2 orang melanggar peruntukan undang saperti yg disebut diatas.

3. Memberi wang atau menyediakan pengangkutan itu satu kesalahan Rasuah?

JAWAPAN S3

Mana2 orang yg memberi atau menerima wang atau menyedia kemudahan supaya mengundi dirinya adalah menjadi kesalahan rasuah. Cuma yg sukar dibuktikan ialah niat jahat pemberi atau penerima tersebut. Kesalahan ini agak sulit untuk dibuktikan kerana ianya memerlukan pihak yg terlibat menjadi saksi.

4. Siapa ada kuasa untuk menangkap pesalah Rasuah?
SPR atau SPRM?

JAWAPAN S4

Pegawai yg diberi kuasa dari kedua2 agensi termasuk pegawai polis mempunyai kuasa menangkap pesalah rasuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *