RADIO HIJAU-MAN ANA PERJUANGAN  MENENTANG RASUAH

Share Button

RADIO HIJAU FM
PROGRAM : MAN ANA PERJUANGAN
MENENTANG RASUAH

31 Mei 2018

SOALAN DAN JAWAPANNYA

S1. Melihat keadaan yang berlaku sekarang ni dimana wang di temui diluar pemikiran kita yang berjumlah beratus juta, apa pandangan DS tentang keupayaan kita sebagai manusia untuk menolak Rasuah memandangkan jumlahnya terlalu besar untuk ditolak?

JAWAPAN S1.

Manusia terdiri dari 4 unsur utama yang dikenali sebagai jasad, roh, nafsu dan akal fikiran.

Keempat2 unsur tersebut saling memerlukan dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Bagaimanapun yang zahir hanya unsur jasad atau fizikal tapi ianya banyak dipengaruhi oleh 3 unsur yg tak dapat dilihat terutamanya nafsu dan akal fikiran yg sentiasa berkerjasama erat antaranya.

Nafsu dan akal pula mempunyai dua pilihan samada utk melakukan kebaikan atau kejahatan. Kalau nafsu dikuasai oleh kejahatan maka akal akan menstrategi dan melaksanakannya.

Jadi persoalan kecil atau besar jumlah rasuah bukan menjadi persoalan utama kerana jumlah berkaitan dengan kuasa yg mencipta peluang dan ruang melakukan rasuah. Makin besar kuasa makin luaslah peluang melakukan rasuah.

Persoalan utamanya ialah berapakuat pengaruh nafsu jahat keatas akal fikiran dan betapa lemahnya iman utk mengawal nafsu jahat tersebut kerana nafsu jahat ini tabiatnya tidak pernah puas walaupun diberi dua gunung emas sekalipun

Oleh itu sempena bulan ramadhan yg penuh dengan keberkatan ini marilah memperkuatkan keimanan kita semoga ianya menjadi benteng yg kukuh utk melawan nafsu jahat dan mempertingkatkan diri kita menjadi orang yang benar2 bertaqwa kapada swt.

S2. Ketelusan SPRM diragui dan ada pula yang mencadangkan KP SPRM supaya meletakan jawatan. Sebagai Mantan TKP SPRM, kemungkinan berlakunya tidak telusan dalam siasatan boleh kah berlaku?

JAWAPAN S2

Ketelusan dalam Ssiasatan SPRM ini perkara subjektif yang boleh dilihat dari pelbagai sudut.

Sebagai mantan TKP SPRM sudah tentu sy akan melihat dari sudutpandang SPRM yg terikat dengan undang2 dan peraturan dalam menjalankan siasatan.

Mengikut undang2 dibawah Akta SPRM 2009 yg berkuasa sekarang menetapkan supaya aduan atau hasil siasatan tidak boleh didedahkan kepada mana2 orang kecuali kepada pegawai badan atau pendakwaraya sehinģga orang yg disiasat itu dituduh dimahkamah.

Had kuasa undang2 bagitu jelas sekali bahkan menjadi kesalahan pula dibawah undang2 jika peruntukan ini dilanggari.

Manakala ketulusan dari sudutpandang masyarakat umum terutamanya pihak media mengharap dan mengkehendaki setiap tindakan siasatan hendaklah didedahkan.

Perkara sensasi yg belum di pasti lagi itu lagi tinggi nilai beritanya. Gossip lebih disukai.

Pertembungan diantara dua sudut pandangan ini mengenai ketelusan ini sentiasa menjadi polimik samada pihak SPRM sentiasa berusaha utk menengakkan keadilan manakala nak tahu apa yg berlaku disekeliling mereka kecuali yg melibatkan kepentingan mereka.

Sabenarnya persoalan ketelusan SPRM diragui sudah menjadi naluri yg terpaksa dihadapi oleh pegawai SPRM demi menjaga martabat dan daulat negara.

Soalnya apa yg kita dapat manafaatnya jika kita tidak menyakini atau tidak mempercayai SPRM terutama KP nya yg diberi amanah yg begitu berat utk dipikul yg sepatutnya kita sama2 menjijingnya bukan menambah bebannya.

Mudahnya kita berkata2 tapi tanyalah apa yg telah kita laksanakan. Apakah sumbangan kita?.

S3. Apa peranann Rakyat Sekarang ini dalam mempastikan ketelusan siasatan SPRM itu tidak tergugat?

JAWAPAN S3.

Peranan rakyat memberi kepercayaan dan keyakinan kpd SPRM utk melaksanakan amanahnya.

Rafee Aris – NP I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *