RADIO MACCAfm RASUAH MENGHANCURKAN NEGARA

Share Button

 

RADIO MACCAfm
“MAN ANA MEMUJUK HATI MENOLAK RASUAH”
DATO’ SRI ZAKARIA JAFFAR
PRESIDEN YARM

TAJUK : “RASUAH MENGHANCURKAN NEGARA” – PRU 14

Rasuah adalah perbuatan :
1. Yang Kotor
2. Yang Hina
3. Yang Haram
4. Yang Jijik
5. Yang Keji

Keyakinan masyarakat masih kurang kepada Pencegahan Rasuah.
Tanggungjawab masyarakat ialah “MEMUJUK HATI MENOLAK RASUAH”

Yakin diri bahawa hidup akan lebih Bahagia tanpa Rasuah. Rakyat harus membenci dan Menolak Rasuah secara bersungguh-sungguh dan jangan seperti “Hangat-Hangat Taik Ayam” hanya cakap tapi masih balun Rasuah

2nd Break – MAN ANA MEMUJUK HATI MENOLAK RASUAH

Pendidikan “Kesedaran Kepada Masyarakat atas Bahaya Rasuah” mengambil masa yang lama kerana Rasuah telah wujud dari zaman dulu lagi.

Rasuah berlaku kerana :
1. Kuasa
2. Ruang/Peluang
3. Tiada Integriti

Pemberi dan Penerima bertepuk tangan dan saling bekerjasama melakukan Rasuah. Mereka-mereka ini merupakan Perosak dan Pengkhianat Negara.

Peranan masyarakat teramat penting dalam usaha menghapuskan Rasuah. Kalau Tahu lapor jangan berdiam diri.

3rd Break – MAN ANA MEMUJUK HATI MENOLAK RASUAH

Mata Fizikal – Mata hanya dapat lihat apa yang ada didepannya. Yang disokong oleh nafsu jahat. Kemahuan yang Tidak Terbatas

Mata Hati – Melihat dari dalam diri kita. Bertindak dengan akal fikiran yang waras. Menolak perbuatan yang salah dan memujuk Hati ke arah Kebaikan. Sedar, Yakin dan Menolak Rasuah sama sekali.
Jangan bertepuk tangan dengan Sipemberi atau Sipeminta Rasuah. Jangan Kawtim, Jangan Settle dan Jangan Hulur. Tolak Sama Sekali.

Mata Hati memberi kita Kesedaran, Keinsafan dan Keyakinan Diri untuk menjadi manusia yang Beretika, Beriman dan Bertaqwa.

4th Break – MAN ANA MEMUJUK HATI MENOLAK RASUAH

CASH IS KING – Manusia terpengaruh dengan Duit.

Ada 2 istilah DUIT :

Duit Fisikal RM – Punca dan Sumber HARAM.RASUAH BAPA SEGALA JENAYAH. Ia adalah pembunuh kepada semua etika hidup iaitu agama, keluarga, nilai diri, negara, bangsa dan malahan dunia ini.

MATA HATI. Carilah kehidupan yang Baik. Jangan melibatkan diri dengan Rasuah.

D – DOA
U – USAHA
I – IKHTIAR
T – TAWAQAL

Jadi manusia yang berguna dan berpegang kepada Iman dan Taqwa. Yakin kepada ALLAH SWT dan Ketentuan NYA. Semua yang berlaku atas Kehendak NYA. Dari ALLAH SWT kita datang dan Kepada ALLAH SWT kita Kembali

RASUAH PEROSAK KEHIDUPAN DAN NEGARA

Rafee Aris – NP 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *