INTEGRITI DAN HIDUP TANPA RASUAH

Share Button

PROGRAM KULIAH MAGHRIB DI MASJID NURUL HIKMAH BUKIT PADANG, KOTA KINABALU – “INTEGRITI DAN HIDUP TANPA RASUAH”

Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden YARM

Rasailah betapa Jijik, Kotor, Hina, Bahaya, Benci Nya RASUAH. RASUAH adalah BAPA SEGALA JENAYAH. RASUAH menghancurkan Agama Negara dan Kehidupan Manusia.

Mungkar yang paling besar dinegara ini dan ketika ini ialah amalan RASUAH.

Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik sekiranya kamu bersyukur kepada ALLAH SWT. Ambillah makanan yang baik itu makan yang Halal dan bukan yang Haram. Jangan kamu menjadi ikutan Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan hanya mahu menghancurkan manusia di bumi ALLAH SWT.

Perbuatan RASUAH tidak terhad kepada orang-orang yang jahat sahaja tetapi juga orang-orang yang juga sering ke Masjid dan Surau.

“Sesungguhnya kamu (iblis) tidak ada kekuasaan ke atas hamba-hambaKu, kecuali orang yang mengikuti kamu, iaitu orang yang sesat. “Surah Al-Hijr Ayat 42

RASUAH ialah satu kesalahan Jenayah dan hukumannya amat berat. RASUAH terbahagi kepada 4 kesalahan :

1. Pemberi Rasuah
2. Penerima Rasuah
3. Mengemukakan Tuntutan Palsu
4. Salah Guna Kuasa

Hukuman orang melakukan Rasuah tetap akan diterima walau terlepas dari hukuman dunia tetapi hukuman akhirat tetap menanti iaitu Neraka Jahanam tempatnya.

Malunya tidak hanya pada diri sipengamal Rasuah tetapi juga isteri, anak-anak malu nak ke sekolah, ibubapa malu nak ke masjid dan surau, guru malu kerana bekas anak muridnya melakukan Rasuah, orang kampong terasa juga tempias perbuatan hina ini. Begitu Hinanya Rasuah.

Dilaknati ALLAH SWT sipengamal RASUAH dan NERAKA JAHANAM tempatnya.

Rafee Aris – NP 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *