KUNJUNGAN YARM KE SPRM SABAH

Share Button

Tn. Zulkefle bin Abd. Hamid. Penolong Kanan Persuruhjaya
Jawatan: Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah

Musuh No 1 Negara – RASUAH

SPRM Sabah mengalu-alukan sokongan dan bantuan NGO seperti YARM bersama-sama SPRM membantu menghapuskan RASUAH.

YARM harus menjadi conth sebersih-bersihnya sebagai satu pertubuhan NGO yang Bersih dari RASUAH.

Kepercayaan masyarakat Sabah harus diperolehi agarYARM dihormati dan mesej-mesej Pendidikan yang disampaikan mendapat Kepercayaan masyarakat.

Yakinilah bahawa hasil RASUAH hanya menghancurkan Diri, Keluarga dan Negara.

Banyak contoh peristiwa butruk menimpa pengambil RASUAH yang dapat dilihat, di dengar dan dlapurkan dalam media. Bayangkan betapa malunya suami atau isteri, anak-anak, ahli keluarga, masyarakat kampung, sekolah dan bekas guru-guru pengambil RASUAH.

Kekayaan RASUAH bukan membawa Kesenangan tetapi satu malapetaka yang malunya berpanjangan walaupun si penerima RASUAH telah mati.

Ahli YARM bukan sahaja boleh berperanan mendidik masyarajat tetapi juga memantau samada Pegawai-Pegawai SPRM sendiri menjalankan tanggungjawab dengan betul. SPRM Sabah bersedia bekerjasama dengan YARM bagi menjaga dan memelihara Negara Tercinta. YARM diharap dapat bergerak dengan aktif dan mengumpul seberapa ramai ahli YARM yang boleh.

Kerjasama YARM dengan NGO lain sangat dialu-alukan kerana NGO-NGO yang tetdiri dari golongan professional dan bukan professional mempunyai banyak idea-idea yang boleh dijalankan bersama. Penglibatan dari semua lapisan masyarakat adalah Mercu Kejayaan aktiviti-aktiviti dan Kempen-kempen Pendidikan Memerangi RASUAH.

SPRM Sabah bersedia menghadiri Ceramah, Seminar dan Aktivit-aktiviti YARM untuk bersama-sama memberi Penerangan, Pendidikan dan Menjawab Soalan-Soalan berkenaan RASUAH.

Rafee Aris – NP 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *