KUNJUNGAN HORMAT YARM KE PEJABAT SPRM PULAU PINANG

Share Button
KUNJUNGAN HORMAT YARM KE PEJABAT SPRM PULAU PINANG

DS Presiden mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

DS Presiden memaklumkan kepada semua bahawa Perlantikan AJK diadakan 2 tahun sekali. Pemilihan adalah hanya untuk Ahli Berbayar iaitu RM100. Ahli Sukarelawan tidak boleh mengundi dan dilantik sebagai AJK.

Ahli YARM Pulau Pinang diminta untuk bekerjasama dengan SPRM. Perhubungan yang Telus dan Harmonis harus ditanam kerana Kejayaan Memerangi Rasuah sangat bergantung kepada Kepercayaan masyarakat kepada SPRM. Disini peranan YARM tersangat penting dalam memberi Pendidikan dan Menghubungkan antara Masyarakat dan SPRM.

Penglibatan masyarakat dalam menghapuskan Rasuah adalah sangat penting kerana masyarakat boleh memainkan peranan sebagai Mata dan Telinga SPRM.

Pulau Pinang merupakan satu negeri yang unik kerana masyarakat berbilang kaum yang sangat perihatin dan terlibat dalam pembangunan dan pentadbiran negeri.

SPRM sangat berminat dan ingin bekerjasama dengan semua NGO terutama sekali NGO dari bangsa Cina, India dan Melayu kerana NGO ini boleh menyalurkan informasi SPRM dan juga mendengar rintihan atau masalah Rasuah.

YARM PULAU PINANG KOMITED MEMERANGI RASUAH DAN BERDIRI TEGUH BERSAMA SPRM

Rafee Aris, NP 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *