KUNJUNG HORMAT YARM KE PEJABAT SPRM PERLIS

Share Button

KUNJUNG HORMAT YARM KE PEJABAT SPRM PERLIS

Tuan Shukor, Pengarah SPRM Negeri Perlis

Tuan Shukor mengucapkan Selamat Datang kepada DS Presiden dan Team YARM ke Pejabat SPRM Perlis.

Tuan Pengarah mengucapkan syukur atas kehadiran DS Presiden dan Team kerana sudi datang jauh dari KL ke negeri Perlis untuk sama-sama membantu SPRM membenteras Rasuah. SPRM sangat memerlukan sokongan daripada masyarakat untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada SPRM.

Kehadiran YARM Perlis diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan SPRM dengan semua rakyat negeri Perlis. SPRM bersedia memberi kerjasama dan perkongsian ilmu tentang Rasuah. Semuga pertemuan ini akan

Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden YARM

DS Presiden mengucapkan terima kasih kepada Tn Pengarah dan semua Pegawai SPRM kerana sudi menerima kedatangan YARM.

DS Presiden memperkenalkan Dr Mizan, Pengerusi YN Perlis yang akan mengetuai YARM Perlis untuk bekerjasama dengan SPRM Perlis.

Keanggotaan YARM Perlis terdirii dari pelbagai latarbelakang seperti peguam, persatuan Belia dan NGO.

DS Presiden mengigatkan semua Ahli YARM bahawa YARM tidak mempunyai apa-apa kuasa. Tugas YARM ialah membantu SPRM untuk Mendidik Masyarakat tentang Bahaya Rasuah. Tinggalkan Rasuah. Tolak Rasuah.

YARM Perlis dinasihatkan membuat apa yang boleh dibuat dan apa yang disukai dan disenangi. Kesungguhan ahli-ahli YARM sangat diharapkan agar Kepercayaan SPRM terhadap YARM tidak disia-siakan. Hubungam baik diantara ahli harus disemai agar setiap program yang dianjurkan akan dibuat secara bersama-sama walaupun sekecil mana sekali pun. Kejayaan YARM adalah Kejayaan Semua.

Amal dan berpegang teguh kepada INTEGRITI dalam setiap kerja yang dilakukan.

Berjumpa, Berhubung dan Luangkan Masa dengan SPRM. Ikatan Persahabatan akan bertambah erat dan kerjasama akan lebih mudah dilaksanakan.

Jangan menjual dan mengadaikan harga diri kerana Rasuah.

Dr Mizan, Pengerusi YN YARM Perlis

Terima kasih kepada SPRM kerana memberi peluang kepada beliau dan barisan AJK untuk bekerjasama dan mendengar rintihan masyarakat berkenaan Rasuah.

YARM Perlis yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan masih bekerja namun komitmen dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak atasan YARM dan SPRM tidak akan dipersia-siakan.

YARM Perlis akan merangka akitiviti-aktiviti mengikut kemampuan dan bersedia membantu SPRM dalam program Pendidikan Masyarakat.

Rafee Aris, NP 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *