Kunjungan YARM ke SPRM negeri Sarawak

Share Button

Dato’ Sri Presiden mengucapkan terima kasih kepada Warga SPRM Sarawak kerana sudi menerima kunjungan YARM untuk saling mengeratkan perhubungan dalam sama-sama menjalankan Pendidikan Benci Rasuah kepada masyarakat.

Dato’ Sri Presiden menyatakan peri pentingnya hubungan erat diantara SPRM dan YARM kerana SPRM sebagai Agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membenteras Rasuah dan YARM membantu SPRM mendidik masyarakat supaya Membenci dan Menolak Rasuah.

Kefahaman masyarakat tentang Akta SPRM 2009 akan membuka jalan kepada Kesedaran dan Tanggungjawab sebagai rakyat dan bersama-sama membantu SPRM membenteras Rasuah. Kerjasama SPRM Sarawak sangat diharapkan dalam berkongsi ilmu Rasuah kepada Ahli-Ahli YARM supaya YARM dapat bergerak selari dengan SPRM dalam memberi penerangan yang betul berkenaan Rasuah kepada. masyarakat.

Kepercayaan Masyarakat terhadap SPRM tersangat penting dan merupakan antara faktur kejayaan SPRM dalam usaha membenteras Rasuah.

Dato’ Sri Presiden menaruh harapan yang tinggi kepada SPRM Sarawak dalam memberi tunjuk ajar, kerjasama dan bantuan kepada YARM Sarawak dalam usaha-usaha membenteras Rasuah. YARM Sarawak akan sentiasa memberi sokongan dan akan bersama SPRM Sarawak dalam segala aktiviti-aktiviti Pendidikan Masyarakat SPRM Sarawak.

PENDIDIKAN merupakan cara yang terbaik dalam usaha memberi Kesedaran tentang Bahaya RASUAH.

Rafee Aris, NP I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *