Rumah Pegawai Kanan SPRM Disyaki Ada Unsur Khianat

Share Button

 

PUTRAJAYA 18 DISEMBER 2018. Rumah teres dua tingkat seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbakar di Taman Setia Tropika, Seri Kembangan. NSTP/IHSAN JBPM.

Berita Harian

PUTRAJAYA: Rumah teres dua tingkat seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbakar disyaki angkara khianat dalam kejadian di Taman Setia Tropika, Seri Kembangan, dekat sini, semalam.

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan jiwa.

“Dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dan Puchong bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.37 petang.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 3.12 petang, pemeriksaan awal mendapati hampir 80 peratus tingkat atas rumah teres itu terbakar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber berkata, ketika kejadian, pegawai kanan berkenaan sedang bertugas di ibu pejabat SPRM manakala anak dan isterinya berada di kampung.

“Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bumbung rumah dan tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca perbuatan khianat berikutan mangsa bertugas di bahagian siasatan SPRM.

“Polis masih mengenal pasti dalang yang melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *