Ucapan Tahun Baru Cina 2019

Share Button

Dato’ Sri Zakaria Jaffar, Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia

Bagi pihak YARM saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Gong Xi Fa Cai kepada semua ahli keluarga YARM yang berbangsa Cina khususnnya dan seluruh masyarakat Cina serta rakyat Malaysia amnya.

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari berbagai bangsa, saling hormat menghormati dan membina sebuah negara yang makmur aman dan tenteram.

Rasuah sangat dibenci kerana rasuah adalah ibu kepada semua jenayah. Rasuah menghancurkan negara dan menyebakan pepecahan dan permusuhan diantara semua bangsa. Sikap hormat menghormati harus disemai dalam hati semua bangsa agar kita dapat hidup dengan baik dan bersatu padu.

Penyatuan bangsa dapat direalisasikan dengan sambutan perayaan seperti ini dimana semua bangsa dijemput untuk beramah mesra, kujung mengunjungi dan mengeratkan perpaduan bagi melahirkan negara yang bersih dan bebas dari rasuah.

Buangkan perasaan sombong diri, tamak dan hasat dengki sesama kita dàn bersama-samalah kita membina dan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.

KATAKAN TIDAK PADA RASUAH

GONG XI FA CAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *